Suasana dalam Misa perlantikan katekumen
Oleh Kat Blasius Joannes Kusi
August 3 2022
KELAWAT, Kota Belud – Seramai lima orang simpatisan atau lebih dikenali dengan pre-katekumenat dilantik sebagai katekumen di Chapel St Thomas Kelawat.
Mereka ialah Cloudia Sldoun, Santi Dampag, Mike Sikin, Azrael Nicholas dan Arwina Peter. Mereka adalah peserta IKD secara online yang dikendalikan oleh Komiti Katekatikal Chapel St Thomas Kelawat Kota Belud.
Upacara penerimaan/perlantikan itu disempurnakan oleh Paderi Paroki Fr Ambrose Atang pada perayaan Misa Senja 23 Julai 2022. Semua umat adalah dimohon untuk turut sama membimbing dan mendoakan para katekumen ini. Semoga perjalanan iman mereka dapat mencapai kepada Juruselamat kita Tuhan Yesus Kristus.