Fr Andrew bersama pembimbing, dan pelajar PMG
Oleh SOCCOM Timpangoh
May 17 2022
PENAMPANG – Seorang pembimbing Pertemuan Minggu Gembira (PMG) di Gereja St Benedict, Timpangoh, Sugud bersyukur dan berterima kasih khas kepada dua orang dermawan iaitu Hazelyn Ronny Kangkawang dan Elora Elewis di atas keprihatinan mereka menyumbangkan Buku SKM untuk kegunaan kepada seramai 45 pelajar PMG di gereja tersebut.
Buku-buku tersebut telah pun di bahagikan kepada pelajar-pelajar tersebut oleh Fr Andrew Kim pada 17 April 2022.
Menurut Elizabeth, pembimbing PMG itu, kesemua pelajar yang mengikuti kelas PMG tidak mempunyai Buku SKM namun mereka kelihatan bersemangat untuk belajar.
“Pada mulanya, saya berhasrat untuk mengumpul buku-buku itu lalu memaklumkan kepada ibubapa mereka untuk membelinya namun perkara ini agak lambat dan berat sedikit bagi ibubapa yang tidak berpendapatan tetap, namun kini dengan adanya buku-buku itu, para pelajar gembira setiap kali mengikuti kelas PMG,” kata Elizabeth.
Gambar di atas adalah sebahagian pelajar yang telah menerima sumbangan Buku SKM, bergambar bersama Fr Andrew Kim, kedua-dua penderma dan pembimbing PMG.