Ibadat Pertobatan dan pengakuan individu di Gereja St Paul Dontozidon (gambar atas) dan Gereja Our Lady Queen Of Peace, Kobusak (gambar bawah)
Oleh Nelson Fernandez
Apr 8 2022
DONTOZIDON – Walaupun masih dalam keadaan pandemik, seramai 250-270 umat telah datang ke upacara Pertobatan atau pengakuan individu dalam musim Prapaska dapat dijalankan dengan baik di Gereja St Paul Dontozidon pada 29 Apr jam 7.00 malam, Our Lady Queen of Peace, Kobusak pada 22 Apr juga jam 7.00 malam dan St John the Baptist, Kopungit sebelum Misa Kudus bermula pada hari Minggu, dengan mengikut “Standard Operation Procedure” (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dengan kehadiran kapasiti yang terhad, seramai 250-270 umat hadir di kalangan para belia, dewasa dan warga emas yang telah lengkap menerima vaksin atau booster.
Upacara pertobatan ini didahului dengan liturgi dan pengakuan iman dan selepas itu masuk ke acara pengakuan individu yang dijalankan oleh Rektor Paroki Fr Paul Lo, Pembantu Rektor Fr Rusell L, Fr Sunny C dan Fr Joshua L. Turut serta membantu ialah Penasihat Pusat Pembentukan Aspiran Fr Isidore Gilbert.
Selepas saja Ibadat Pertobatan dan pengakuan Individu selesai, jamuan ringan diadakan di Dewan St Paul Dontozidon sambal merayakan ulang tahun kelahiran Fr Isidore Gilbert