Oleh Yohanes Pati Sogen
PAPAR – Michael Wura Darang adalah seorang warga migran yang berasal dari Desa Riang Baring, Kecamatan Ilebura, Kabupaten Flores Timur, NTT Indonesia. Beliau berstatus bujang dan bekerja di Sabah selama 41 tahun tidak pernah pulang bercuti di kampung halamannya.
Pada bulan Mac sehingga bulan Jun 2024, beliau terbaring di Hospital Papar akibat strok. Pada 27 Mei 2024, beliau dipulangkan oleh Konsulat Republik Indonesia Kota Kinabalu.
Pada hari itu dia berasa gembira dan terharu. Gembira kerana dapat pulang kampung halaman, sedih kerana pulang tidak seperti kawan-kawannya lain yang boleh berjalan sendiri balik ke kampung . Dia duduk di kerusi roda, tetapi dia berusaha untuk senyum dan berpesan, mengucapkan banyak terima kasih kepada: Konsul RI Kota Kinabalu, ACMI, Paroki St Joseph Papar, kawan-kawan K3I St Joseph, K3IKA, dan juga semua orang yang telah membantunya selama dia berada di Sabah sampai pada hari dia terpaksa pulang dalam keadaan sakit.
Beliau juga memohon maaf jika terdapat kesalahan selama dia aktif di Gereja St Joseph, melayani sebagai Lektor, dan pernah menjadi Ketua Komuniti Katolik Indonesia, juga pernah duduk dalam barisan MPP Paroki St Joseph.
“Anda telah mengikut Yesus dengan betul, iaitu sentiasa berpihak kepada semua orang sebagai saudara sesama, terutamanya orang kecil dan menderita seperti saya,” Kata Michael.
Tambahnya lagi selama dia aktif melayani di gereja, apa yang ia buat tidak baik itu adalah daripada dirinya sendiri tetapi apa yang baik itu adalah berkat dari Tuhan.