Uskup Cornelius Piong (hadapan) bersama Fr Isidore Gilbert, Fr Mattheus Luta dan Fr Roney Mailap, merakamkan gambar kenangan bersama para peserta dan penganjur-penganjur.
Oleh Sem. Allan A. Kosidi
Jan 21 2023
NULU SOSOPON, KENINGAU : Seramai 85 belia dari ketiga-tiga keuskupan di Sabah hadir di Seminar Panggilan Menjadi Paderi Keuskupan pada 13-15 Jan lalu yang julung-julung kalinya di adakan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon, Keningau. Seminar itu, dianjurkan oleh semua seminarian dari semua peringkat pembentukkan serta para vocation directors dari semua keuskupan di Sabah, iaitu Fr Isidore Gilbert (Kota Kinabalu) dan Fr Mattheus Luta (Kota Kinabalu), Fr Roney Mailap (Keningau) dan Fr Christopher Ireneus (Sandakan).
Pada misa pembukaan seminar panggilan itu, Uskup Cornelius Piong menyeru agar semua peserta termasuk para seminarian yang hadir dalam seminar itu percaya bahawa bagaimana besar pun cabaran yang mereka hadapi, jika Tuhan benar-benar memanggil kamu Dia pasti membuka jalan dan membantu kamu untuk datang kepadaNya.
Sehubungan dengan itu, Uskup Cornelius berkata “apa yang penting adalah iman kamu, kepercayaan kepada diri dan jangan mudah berputus asa dalam menyahut panggilan ini, kerana panggilan menjadi paderi ini adalah sangat indah”.
“Jangan sesekali mengatakan bahawa kamu tidak layak untuk menyahut panggilan menjadi paderi kerana kamu hadir disini bukan kerana kebetulan tetapi Tuhanlah yang menjemput kamu untuk merenung panggilan kamu, dan jika Tuhan telah melayakkan kita siapakah kita untuk merasa tidak layak”, kata Uskup dalam homilinya semasa misa pembukaan seminar itu.
Seterusnya, seminar panggilan ini ialah platform yang tepat bagi semua belia untuk merenung panggilan menjadi paderi keuskupan kerana disinilah mereka akan dibantu oleh para seminarian dan paderi-paderi yang terlibat untuk merenung panggilan mereka.
Dalam seminar itu juga, semua peserta akan mendengar perkongsian-perkongsian daripada seminarian yang terpilih dan para paderi melalui sesi-sesi yang disediakan, yang mana ia sangat berguna sebagai dorongan untuk mendalami lagi panggilan para peserta.
Peserta-peserta yang terpilih untuk memasuki rumah pembentukan bagi tahun 2023.
Akhir sekali, para peserta yang terpilih untuk memulakan pembentukkan mereka untuk tahun 2023 adalah dua orang akan terus ke tahun inisiasi Gerard Abraham daripada Holy Family Telipok dan Benedict Lim dari Blessed Sacrament Labuan manakala lima lagi terpilih untuk memulakan pembentukkan di tahun English atau Aspirancy di Catholic Diocesan Center Kota Kinabalu.