Brenda BB Taijol, Holy Family Telipok
Kompilasi CS
Dis 13 2023
BERSEMPENA dengan Hari Orang Muda Sedunia para belia berkongsi pengalaman dan harapan mereka sebagai Orang Muda Katolik.
Tema Hari Orang Muda Sedunia: Rejoicing in Hope
Kongsikan:
- Bagaimana saya kekalkan sukacita dan pengharapan dalam diri saya dan sesama dalam keadaan situasi yang sangat mencabar pada masa kini?
- Apakah harapan/pesanan anda kepada orang muda Katolik sempena Hari Orang Muda Sedunia?
1. Dengan mengikuti aktiviti belia di paroki dan peringkat keuskupan amat membantu mengekalkan sukacita dan pengharapan dalam diri saya secara peribadi. Saya dapat melihat wajah Yesus dalam peribadi rakan-rakan yang saya jumpai setiap kali ada pertemuan, membuatkan saya dapat merasakan sukacita yang bergelora di dalam hati di saat saya mengalami pergelutan rohani.
2. Pesanan saya kepada Orang Muda Katolik (OMK) sempena HOMS kali ini, semoga semakin ramai belia yang terbuka hati dalam pelayanan kepada sesama tidak kira di mana sahaja. Saya berharap agar semua orang muda menemui sukacita dalam Yesus melalui rakan-rakan yang ditemui terutama sekali sepanjang perayaan Hari Orang Muda Sedunia 2023. – Brenda BB
Rexynoell James Gerard, St Pius X Bundu Tuhan
1. Saya percaya dalam apa pun keadaan, Tuhan Yesus sentiasa bersama saya dan dia tidak akan pernah meninggalkan saya. Hal inilah yang menghidupkan rasa damai yang membolehkan saya merasa sukacita dan pengharapan meskipun saya mempunyai bergelutan dan perjuangan yang tersendiri.
2. Kita sedang berada dalam era sekularisme yang mencabar seiring dengan perkembangan teknologi. Saya berharap agar orang muda Katolik tidak berhenti berjuang dalam mencari Tuhan kerana kita merupakan masa depan gereja dan kita yang akan meneruskan legasi gereja. Selain itu, saya juga mahu berpesan kepada sesama Orang Muda Katolik agar menggunakan teknologi secara Katolik dalam menyampaikan Khabar Gembira Kristus. Cari dulu kerajaan Tuhan, baru kamu fikir dunia.
Natalea Lucian, Paroki St Anthony Tenom (Perkongsian dalam bahasa Murut Timugon)
1. Bala’ ru Tuhan guuton ku mabaya’ ra kaansukan sumugut ra bala’ ru Injil ra moonong orou. Ra raino ti Bapa Uskup mangani’ pangilaan maya’ ra Injil ra moonong orou. Basaa’ am karaa’ bagu pabalaan ra rondo’ am bokon. Kalansanan no kolondo’ amon ru kalo magintopot takau binantu ru Tuhan. Intor raginio, marayus ayuk ra Tuhan.
Pai’ takau kalansan ra kaikangan galama’. Makiasi’ takau ra Ambiluo Matulai ondo’ masalok mabaya’ ritakau. Amon ru malawo karaan saguli’ pambasaan ondo’ mangani’ ritakau ra kaikangan am kaansukan.
2. Pambilinan ku, guuto’ noyo Sakramen Pampariuuan ondo’ inapu’ mabaya’ ra kandoi ralalom atan ayuk komuniti ru girija’ ondo’ bayaan takau koson mapaikang ra pangintapatan. Pai’ kalawo guang. Malansan aku niayuk gama’ ru kamulakan ra raiti’ makaliman ra kandoi nilo ra sangulun kamulakan ru Katolik maintutunan ra mapiot kaintapatan nilo am kalo maluoi kalawo ra atan ayuk kapaganan matuum ra tauli no.
Kabalu’ pana makainggalur ra intok ru karuo matuo kapoam Katolik kaa’ mirot tojoo magalung ra inggalan moonsoi am intok masawat koson ra sangulun Katolik. Pangintapatan ru Katolik ragitio kalo maalap katalan kapoam kabali kaa’ porondonon ra usok ru guang sigagama’.
Crietel Eviany Philip, Gereja St Joseph, Plentong Johor
1. Bacaan serta renungan Sabda Tuhan sudah tentu adalah sumber sukacita dan pengharapan utama saya. Walaupun tidak semua isi Alkitab dapat saya fahami dan rungkaikan pada masa ia dibaca, tetapi membaca dan merenung Sabda Tuhan adalah seperti mendengar Suara Tuhan berbicara kepada saya, dan itu sudah cukup membuatkan saya tenang dan kuat setiap hari, termasuklah apabila saya dilanda kesusahan dan kesakitan yang amat berat.
2. Kita, Orang Muda, amatlah istimewa di mata Gereja. Peliharalah keistimewaan ini bukan dengan kebanggaan dan kesenangan peribadi, tetapi sebagai suatu dorongan untuk kita terus berjalan (Taat) bersama Kristus, kerana Dialah yang menjadikan kita istimewa. Seperti Bonda Maria, dia juga sangat istimewa kerana dipilih untuk menjadi Ibu yang melahirkan Yesus. Bonda malah berdiri dan bergegas apabila mengetahui sepupu tuanya Elizabeth juga mengandung (Lukas 1:39). Ia bergegas pergi untuk melayani. Bukankah itu menunjukkan betapa taat dan setianya dia kepada Tuhan dan pekerjaanNya? Saya berdoa, semoga para Orang Muda juga memiliki semangat ketaatan seperti Bonda Maria dalam kehidupan mereka.
Decerney Didie Simon, St Joseph Plentong, Johor
1. Saya bertanya dengan diri saya sendiri, di mana pengharapan yang saya dapat dalam situasi hidup yang mencabar ini? Saya berbaring dan berdiam, tanpa saya sedari, kehidupan yang berfokuskan kepada doa adalah pengharapan saya. Saya tidak sedar saya sedang melakukannya, ini adalah berkat pergaulan yang sihat, persahabatan yang sejati, pemikiran yang positif dan jitu setiap kali mencari penyelesaian atas masalah-masalah yang timbul.
Tanpa sengaja juga, semua ini berlaku untuk kebaikan sesama dan sahabat-sahabat pelayanan, iaitu saya dapat menyemarakkan kembali semangat mereka untuk melayani di dalam kerajaan Tuhan dan memanggil ramai lagi para belia untuk terus belajar dan mengenali Kristus Tuhan dengan lebih dekat.
2. Harapan saya kepada orang muda Katolik zaman ini, apa sahaja cabaran yang anda tempuhi sentiasalah terus tekun berdoa. Berdoa kepada Tuhan Yesus bukan bersifat mengarah tetapi memohon bahawa kita ini tidak kuat, kita ini memerlukan jawapan di dunia yang penuh cabaran ini.
Teruskanlah mencari Tuhan apabila apa yang kita harapkan itu sudah kita dapat dan capai, dan teruskanlah juga berdoa jika doa kita tidak didengari, kerana kita harus sentiasa bersyukur walau apa pun jawapan kita dapat kerana itulah rencana Tuhan.
Sentiasa berpaut dalam perancangannya. Jangan mudah putus asa! Perkataan ini wujud semasa kita masih kanak kanak lagi, tetapi apabila kita sentiasa membuat renungan kehidupan kita hari demi hari, perkataan “jangan berputus asa” inilah yang kuat mengingatkan kita untuk terus hidup dalam dunia yang penuh dosa dan dunia yang kita sentiasa doa dan impikan iaitu dunia Kerajaan Syurga.
Saya juga berseru kepada sahabat belia di luar sana untuk terus meneladani sikap Yesus dan terus berdoa kepadanya dan melalui Bonda kita Ibu Ratu Rosari. Selamat Hari Orang Muda Sedunia 2023!