Petugas Litugi Misa Kudus Pesta Keluarga Kudus bergambar kenangan bersama Fr Sylvester Wong
Oleh Joseph Joswan Bingkasan
Jan 22 2024
INANAM – Perayaan 4-dalam-1 telah diadakan di St Victor’s Chapel, Poring Poring di sini penghujung tahun 2023.
Acara dimulakan dengan Misa Kudus Pesta Keluarga Kudus yang dipimpin oleh Fr Sylvester Wong dari Paroki Inanam.
Ini disusuli dengan perayaan Hari Krismas, majlis penutup kerja tahun 2023 dan sambutan Hari jadi Fr Sylvester yang ke 44.
Chapel dan bangunan dewan penuh dengan umat yang datang untuk merayakan majlis itu.
“Kami telah lama rancang mengadakan perayaan 4-dalam-1 ini, sempena lawatan Fr Sylvester,” Katekis Henry David memberi tahu Catholic Sabah.
Menurutnya kedatangan paderi daripada Paroki Inanam memang hari yang dinanti nantikan oleh umat Kampung Poring, Poring, Bambangan Baru, Kolosunan dan perkampungan disekitarnya.
St Victor’s Chapel ini terletak di atas bukit, kira-kira sejam perjalanan dari Pekan Inanam dan Manggatal
Menurut David, paderi dari paroki dijadualkan datang bergilir mempimpin Misa Kudus sekurang-kurangnya sekali dalam dua atau tiga bulan.
“Paderi dijadualkan datang lagi pada bulan Feb ini, ” katanya.
Perayaan Krismas tahun ini dipenuhi dengan acara sukaneka, cabutan tikit bertuah, memotong kek harijadi paderi dan hiburan.
Turut hadir pengerusi Majlis Pastarol Paroki St Catherine, Inanam Paul Augustine.
Umat hadiahkan kek kepada Fr Sylvester Wong sempena Hari jadinya yang Ke 44