Fr. Wilfred Atin sedang membaptis salah seorang pelajar IKK
Oleh Kateketikal Zon Kolopis
Nov 22 2022
KOLOPIS, Penampang – Gereja St Therese of the Child Jesus, Kolopis telah merayakan Misa Kudus Hari Sangti Penaung mereka yang dipimpin oleh Fr Wilfred Atin pada 1 Okt lalu.
Seramai 56 kanak-kanak Pertemuan Minggu Gembira (PMG) telah menerima Sakramen Ekaristi dan lima orang Inisiasi Kanak-Kanak (IKK) menerima Sakramen Pembaptisan dan Sakramen Ekaristi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sebelum penerimaan Sakramen Ekaristi adalah Rekoleksi Ibu Bapa/pembimbing, Ujian bertulis, Ujian Lisan dan Sakramen Pertobatan.
Perayaan ini telah dikendalikan oleh Komiti Kateketikal Kolopis dibantu oleh Komiti Pastoral dan Kewangan Kolopis, Liga Wanita Kolopis dan Tim Pelayanan Belia zon Kolopis.
Majlis Jamuan Kesyukuran pada malam itu bejalan dengan baik dan lancar.
Di samping itu, kanak-kanak penerima Sakramen Ekaristi berpeluang untuk mempersembahkan pelbagai lagu aksi yang dipimpin oleh Bronsonica Tonggiluk.
Janet Manin, Koordinator Katiketikal Kolopis berterima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyokong Kateketikal Kolopis serta menyediakan makanan dan minuman pada malam perayaan Hari Sangti Penaung itu.
Janet bersyukur dan memuji Tuhan kerana selepas dua tahun pandemik, majlis seperti ini dapat dilaksanakan secara fizikal dan kagum dengan bilangan belia yang menerima Sakramen Ekaristi pada tahun ini.
Fr Wilfred berharap agar kanak-kanak PMG terus bertumbuh dalam iman mereka dan meneruskan pelayanan mereka sebagai altar boys, koir atau bergiat aktif dalam aktiviti belia sehingga mereka menerima Sakramen Penguatan nanti.
Beberapa kanak-kanak bersyukur dan gembira kerana dapat menerima Sakramen Ekaristi bersama dengan rakan-rakan PMG.
Kanak-kanak PMG bergambar bersama Fr Wilfred Atin dan pembimbing Kateketikal