Msgr Nicholas Stephen menandatangani plak perasmian dewan Baharu St Jude Ulu Lumagar
Oleh Richard Jacob
Jan 16 2024
BONGAWAN, Papar – Pada 31 Dis 2023 merupakan detik paling indah bagi umat di St Jude Ulu Lumagar di mana diadakan perayaan 3-dalam-1 iaitu perayaan Natal, perasmian dewan baharu dan sambutan tahun baharu di rayakan serentak.
Misa kudus jam 11.00 pagi di pimpin oleh Msgr Nicholas Stephen membuka tirai perayaan tersebut.
Sejurus pemberkatan dan menanda tanggani plak perasmian dewan, selepas Misa, umat dihidangkan makanan tengah hari.
Perayaan diteruskan dengan acara pentas iaitu tarian sumazau oleh pelajar PMG diikuti oleh cabutan tiket bertuah, bintang kecil Krismas, bintang remaja Krismas, kuiz alkitab dan banyak lagi.
Sementara itu pengerusi penganjur Severinus Ginsos dalam ucapannya bersyukur kerana dapat merayakan Natal sekaligus perasmian dewan. Beliau juga berterima kasih kepada seorang individu iaitu Danny Vitus yang menaja material pembinaan dewan Baharu itu.
Pengerusi KPUK St Jude, Richard Jacob dalam ucapannya pula percaya bahawa Tuhanlah yang menggerakkan hati Danny Vitus bagi menaja pembelian peralatan pembinaan dewan tersebut. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Paderi Paroki St Joseph Papar, Msgr Nicholas Stephen di atas sokongannya untuk mengeluarkan wang simpanan KPUK bagi membayar upah pekerja.
Msgr Nicholas berkata perasmian dewan itu adalah hadiah Krismas untuk umat di St Jude pada tahun ini.
”Umat St Jude bertuah kerana sudah memiliki dewan yang selesa berbanding di chapel lain. Kita sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Danny atas sumbangan beliau, hargai dan jagalah bangunan dewan baharu ini agar kekal digunakan sampai bila-bila”, tegas Msgr Nicholas.
Dewan yang berukuran 30 x 50 kaki persegi memakan masa empat bulan untuk disiapkan. Bahan binaan dewan tersebut ditaja sepenuhnya oleh Danny Vitus bernilai RM 35 ribu sementara upah pekerja dibayar sepenuhnya oleh KPUK St Jude benilai RM 14 ribu.
Majlis pada hari itu diakhiri dengan doa penutup jam 5.00 petang.