Compiled by Christina David
June 22 2020
Ingatlah perkara-perkara kecil yang penting oleh Dr Susan Pudin
Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Sebagai individu, kita mempunyai peranan yang penting dalam penjagaan alam sekitar sama ada di rumah bersama keluarga atau di pejabat dan sekolah.
Kita boleh membuat perubahan sedikit demi sedikit ke arah tindakan yang lebih mesra alam sekitar seperti membawa ecobag, bakul dan kontena semasa membeli-belah di pasar atau supermarket, membawa botol air sendiri, menggunakan straw yang boleh diguna semula, membuang sampah di tempat yang disediakan dan menjimatkan penggunaan tenaga dengan mematikan suis lampu atau peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
Sumber alam adalah anugerah Tuhan. Marilah kita bersama-sama menjaga anugerah ini dengan menggunakan apa yang kita perlukan sahaja. #littlethingscount. Lihat video cara menjaga alam sekeliling dengan melakukan perkara-perkara kecil.
Kompos penting untuk regenerasi tumbuh-tumbuhan oleh Datuk Philip Lasimbang
Bumi Ciptaan Tuhan sedang menangis. Kita perlu bertindak. Salah satu cara kita adalah memulihara alam sekitar kita dengan menanam tanaman-tanaman untuk mengurangkan GHG dan hentikan hakisan permukaan tanah. Untuk proses pemuliharaan ini, kita perlu menggunakan cara menanam secara organik supaya tanah subur selama-lamanya. Untuk ini, kita harus guna baja kompos yang terhasil dari bahan-bahan di sekitar kita. Lihat video cara menghasilkan kompos organik oleh Datuk Phillip.