(Kiri) Fr Sylvester Wong turut membuat persembahan dengan lagu pilihan beliau. (Kanan) Sesi bergambar bersama pelajar sukan sekolah Kota Kinabalu.
Oleh Stanley Ung, Kredit Foto Frakie Tan
July 21 2022
SEPANGGAR, KKIP – Fr Sylvester merayakan Misa Kudus pertamanya bersama umat di Gereja Divine Mercy, KKIP pada 17 Julai lalu.
Fr Sylvester berkata dalam homilinya, “Sibuk melayani itu adalah baik, tetapi lebih baik lagi melakukan apa yang diperlukan.
“Kerana ingin memuaskan hati seseorang, kita menyibukkan diri melakukan pelbagai hal yang terperinci dan rumit tanpa mengira waktu dengan berharap usaha keras kita dihargai. Padahal, belum tentu hal-hal yang kita lakukan itu sungguh diperlukannya.
“Semua ini dilakukan hanya karena kita tak ingin mengecewakan orang lain dan ingin agar kita dipuji serta disayangi balik. Ada unsur ego diri di sini, sebab pada akhirnya yang menjadi pusat perhatian adalah diri kita sendiri.”
Fr Sylvester menyampaikan homilinya dalam Misa Kudus
Fr Sylvester memetik petikan Injil, “Tuhan menjawabnya, “Marta, Marta, Engkau khuatir dan menyusahkan diri dengan banyak perkara, padahal hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih bagian yang terbaik, yang tidak akan diambil dari padanya.” (Luk 10:41-42)
“Maka dengan itu, dengarlah Sabda Tuhan Seperti Bonda Maria kerana mendengar memerlukan tumpuan untuk memahami mesej yang Tuhan cuba sampaikan,” akhir kata paderi baharu itu.
Selesai Misa, Gereja Divine Mercy mengadakan Majlis Kesyukuran sempena Pentahbisan Imamat Fr Sylvester Wong pada 24 Jun 2022 lalu di Gereja Katedral Hati Kudus Kota Kinabalu.
Pengerusi KUK, Romanus Piong mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas kehadiran Fr Sylvester Wong dan atas pelayanan di Gereja Divine Mercy. Beliau menyeru agar lebih ramai belia mendengar dan menyahut pamggilan Tuhan menjadi seorang paderi.
“Contohilah sikap beliau kerana berani menjawab seruan Tuhan dalam melayani di ladangNya yang luas,” kata Romanus.
Acara fellowship diteruskan dengan persembahan daripada umat seperti tarian Maumere, Magunatip, Chinese Dance, Paluan Gong dan Koir Belia Klasik
Fr Sylvester turut menyertai persembahan Sumayau, sebuah tarian suku kaum Dusun di Sabah.
(Atas) Tarian Magunatip oleh pelayan altar DMC. (Bawah) Tarian Sumayau oleh liga wanita DMC.