Pelajar Katolik IPG Kampus Gaya bergambar bersama Jean Martin (Tengah, T-shirt merah), Pensyarah, yang mengikuti Planning Camp
Oleh CSG Kampus Gaya
Nov 21 2022
KOTA KINABALU – Seramai 41 pelajar Katolik IPG Kampus Gaya telah menyertai “Planning Camp” pada 7-9 Okt lalu di Msgr Wachter Center di sini, yang diketuai oleh Flavia Angel Malanjun, Presiden CSG Kampus Gaya.
Turut hadir dalam program ini ialah Campus Ministry Office (CMO), Campus Ministry Team (CMT) dan pensyarah Katolik IPG Kampus Gaya.
Ini adalah aktiviti kerohanian secara bersemuka yang pertama bagi IPG Kampus Gaya.
Tema yang dipilih untuk program ini dipetik dari Injil Matius 4:9 “Yesus berkata kepada mereka: mari ikutlah Aku, dan kamu akan dijadikan penjala manusia.”
Objektif program ini ialah untuk mencari inisiatif dalam menyelesaikan isu pelajar Katolik IPG Kampus Gaya.
Tema bagi program ini, adalah salah satu tujuan untuk menarik lebih ramai pelajar Katolik menjadi seorang Katolik yang beriman dan beramal.
Jonathan J. Omok, CMT, berkata “Saya berharap selepas ini pelayanan dalam CSG Kampus Gaya semakin berkembang dan aktif. Saya juga berharap lebih ramai lagi pelajar katolik IPG dapat menyertai program-program yang akan datang.
“Planning Camp ini adalah satu program yang menyatupadukan hubungan pelajar Katolik IPG Kampus Gaya kerana semua ahli CSG ialah satu keluarga. Ikatan yang rapat dalam CSG penting agar aktiviti seterusnya dapat berjalan dengan lancar.
“Kerjasama mempengaruhi kadar keterlibatan pelajar CSG IPG Kampus Gaya dalam aktiviti pelayanan sebagai seorang Katolik.
“Oleh itu, program ini bermanfaat untuk memupuk cinta kasih dalam kalangan pelajar yang terlibat,” kata Jonathan.
Pelajar Katolik IPG Kampus Gaya di tangga gereja Carmelite Monastery