Para peserta Seminar Pendalaman Iman bergambar bersama Fr Andrew Kim
Oleh Alfred Tining, SOCCOM KB
Oct 22 2022
KOTA BELUD – Satu Seminar Pendalaman Iman anjuran para sister dan beberapa kongregrasi religious dari Diosis Agung Kota Kinabalu diadakan pada 9 Okt 2022 bertempat di Chapel St Hilary Timbang Paroki Kota Belud.
Program ini dimulai dengan perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Andrew Kim yang berasal dari Korea dan sudah menetap lima tahun di Sabah.
Dalam homilinya, Fr Kim mengajak semua umat yang hadir supaya sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas apa saja dalam kehidupan seharian kita, seperti orang Samaria dalam pembacaan Injil hari ini yang kembali kepada Yesus dan berterima kasih atas kesembuhan yang dia perolehi. Yesus juga sentiasa mencari kita yang hilang seketika seperti Dia mencari sembilan orang farisi yang telah sembuh dari penyakit kusta namun tidak kembali kepada Yesus untuk bersyukur.
“Adakalanya kita hilang dan lupa kepada Yesus disebabkan oleh dosa dan kelemahan kita. Namun kita harus memohon bantuan dari Tuhan agar kita tetap kuat dan teguh,” kata Fr Kim.
Selesai sahaja Misa, program diteruskan dengan dua sesi ceramah iaitu pertama Awareness :“Stops Plastic Pollution” dan kedua Menghadapi Tekanan – Orang Muda Katolik dengan tema “Bangkitlah dan Bersaksi.” Terdapat juga sesi penayangan video klip tentaang sejarah perjalanan Gereja Katolik di Sabah dan seterusnya pengenalan kepada kongregasi religius di Diosis Agung Kota Kinabalu iaitu FSIC, Bro St Gabriel, Sister Gembala Baik, Daughters of St Paul dan Marist Brothers.
Dianggarkan lebih dari 100 umat yang hadir termasuklah belia dari dari Chapel St. Dominic Tombulion, belia Chapel St Theresa Avila Bungaliu, penuntut Institut Pertanian Sabah (IPS) dan dari Chapel St Hilary Timbang. Para sister yang hadir mengharapkan satu hari nanti ada belia di kalnagan ini terpanggil untuk memasuki salah satu dari kongregasi ini.
Program ini telah ditutup dengan doa oleh Sr Jossie Sili.