477 peserta Seminar Alkitab bergambar di depan dewan Hati Kudus, 7 Okt
By Mitchelle
Oct 15 2022
KOTA KINABALU – Seminar Alkitab bertajuk ‘Tidak Mengenal Kitab Suci Bererti Tidak Mengenal Kristus’ diadakan di Katedral Hati Kudus Kota Kinabalu pada 7-8 Okt 2022.
Seminar yang dikendalikan oleh Msgr Nicholas Stephen dengan kerjasama tim penganjur Apostolik Alkitab Hati Kudus itu berjaya menarik seramai 477 peserta yang datang dari pelbagai paroki.
Seminar ini diadakan bertujuan membantu para umat bukan sahaja mendekati Alkitab, tetapi sekaligus mengenali dan mengasihi peribadi yang difokuskan dalam Alkitab.
“Ramai orang membaca Alkitab hanya untuk mempelajarinya, tetapi bukan untuk mengenali peribadi yang dikatakan dalam Alkitab iaitu Yesus sendiri,” jelas Msgr Nicholas.
Beliau turut mengingatkan umat akan kepentingan tradisi dan magisterium Gereja dalam perihal mempelajari Alkitab.
Msgr Nicholas berjaya menawan ramai hati peserta seminar tersebut, dapat dilihat dari penyampaian isi ceramahnya yang bersahaja, kelakar tapi sangat relevan dan akhirnya berjaya mendapat tempat di hati para peserta. Ini membuatkan ramai peserta menginginkan agar Seminar Alkitab sedemikian diteruskan dan diperluaskan lagi.