Para pewarta Gereja Divine Mercy, KKIP, 19 Nov 2023
Oleh Martilena Tsen
Dec 1 2023
KKIP – Program Pertemuan Para Pewarta Gereja Divine Mercy, KKIP telah diadakan pada 19 Nov 2023. Hasil usaha sama Pengerusi Liturgi, Anna Simon, dibantu oleh AJK Pewarta, Jovita Herman dan Stanley Ung sebagai penyampai perkongsian.
Program itu dihadiri oleh 30 orang pewarta bermula pada jam 4.00 petang. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu para pewarta untuk mengimbas kembali peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Stanley Ung telah berkongsi mengenai tatacara dan perwatakan seorang pewarta serta bagaimana cara mewarta dengan teknik yang betul semasa program itu dijalankan. Di samping itu, para pewarta diminta untuk merenung dan bertanya “Apakah kelemahan dan kesilapan yang dilakukan di sepanjang masa bertugas?”
Para pewarta diberikan masa untuk menulis di atas kertas mengenai keinginan yang mereka ingin capai melalui program pertemuan ini.
Selain itu, latihan mengenal jenis-jenis buku panduan Alkitab untuk bacaan Injil harian mengikut kalendar gereja, mencari pembacaan yang sesuai dengan peristiwa pada hari tersebut serta menjalankan praktikal agar para pewarta dapat mewarta dengan teknik dan tatacara yang betul semasa Misa Kudus atau Ibadat Sabda.
Di akhir program itu, para pewarta dapat belajar sesuatu yang baru dan mulai membina semangat pelayanan yang lebih berkomitmen.