Mac 14 2023
NINGBO, China – Seramai 69 perwakilan dari ‘kelompok agama’ mengambil bahagian dalam sesi-sesi ketika Kongres Nasional Rakyat ke 14 yang bermula pada 14 Mac di Beijing yang turut dihadiri oleh Presiden Xi Jinping. Semua 69 perwakilan dari komuniti-komuniti agama membentuk peratusan sebanyak 3.18 peratus dari jumlah keseluruhan perwakilan yang hadir dalam sesi-sesi di Kongres tersebut, yang berjumlah 2,172. Di kalangan 69 ahli yang mewakili komuniti agama, 25 orang dari komuniti Buddha Nasional, 12 orang dari anutan Tao, 12 orang dari komuniti Islam, 11 orang dari komuniti Katolik, dan 9 orang dari komuniti Evangelikal Protestan Nasional. Kongres tersebut, yang berlangsung selama hari tujuh setengah berakhir pada tengahhari Sabtu, 11 March.
Mesyuarat Konferensi Nasional di Beijing merupakan badan pusat oleh Parlimen Politik China, yang mewakilkan ketentuan-ketentuan politik dalam sektor sosial, politik dan perkumpulan dalam Republik Rakyat, dibawah pimpinan Parti Komunis China di dalam rangka kerja sistem politik nasional. Kongres tersebut merupakan institusi tertinggi di China dan berperanan sebagai badan penasihat.
11 orang perwakilan Katolik yang menghadiri sesi-sesi di Beijing itu termasuklah Uskup Joseph Li Shan, Uskup Joseph Shen Bin dan John Fang Xingyao. Uskup Joseph Li Shan adalah Uskup Agung Beijing, Joseph Shen Bin adalah prelatus Keuskupan Haimen (Wilayah Jiangtsu) danUskup Fang Xingyao adalah Uskup Linyi (Wilayah Shandong). – (NZ) (Agenzia Fides,