National Shrine and Parish of Our Lady of Mount Carmel (Dona Juana Rodriquez Avenue, formerly Broadway Ave., New Manila, Quezon City)
Oleh Mirifica News
Julai 16 2020
Sempena Pesta Santa Perawan Maria dari Gunung Karmel, 16 Julai 2020
GUNUNG Karmel adalah sebuah gunung di dataran Galilea. Gunung Karmel menjadi terkenal pada zaman nabi Elia, nabi yang hidup sebelum Kristus dilahirkan. Elia mengadakan mukjizat di sana. Kitab Pertama Raja-Raja bab 18 mengisahkan bagaimana Elia dengan gagah berani menghadapi 450 nabi dewa palsu Baal. Melalui doa-doanya, Elia mendatangkan mukjizat dari Tuhan untuk membuktikan bahawa Elia sesungguhya Tuhan yang benar.
Berabad-abad kemudian, sekitar tahun 1200-an, sekelompok biarawan Eropah mulai tinggal di Gunung Karmel. Mereka menghormati Maria Bonda Allah sebagai Santa Perawan Maria dari Gunung Karmel. Oleh itu, orang mulai menyebut mereka sebagai para biarawan dari Santa Perawan Maria Gunung Karmel. Itulah asal mulanya terbentuk Ordo Karmel.
Bapa Suci Honorius III menyetujui peraturan Ordo Karmel pada tahun 1226. St Simon Stock, yang berbangsa Inggeris, menjadi Superior seluruh Karmel pada tahun 1247. Simon berbuat banyak untuk memperluaskan ordonya serta menyesuaikannya dengan perkembangan zaman dengan menjadikan Ordo Dominikan dan Ordo Fransiskan sebagai contoh.
Tarikh 16 Julai 1251, Bonda Maria menampakkan diri kepada St Simon serta memberinya skapular coklat. Bonda Maria menjanjikan perlindungannya kepada mereka semua yang mengenakan jubah Karmel yang terberkati. Mukjizat telah berlaku banyak sekali yang membuktikan kebenaran kata-kata Bonda Maria.
St Pius X adalah Bapa Suci yang bertakhta dari tahun 1903 hingga tahun 1914. Dia berkata bahawa orang awam juga dapat memperoleh berkat yang sama jika mereka mengenakan medal skapular. Medal tersebut bergambar Santa Perawan di satu sisinya dan Hati Kudus di sisi lainnya. Simon Stock meninggal di Bordeaux Perancis pada tahun 1265.
Lukas 2:19 “Maria menyimpan segala perkara itu di dalam hatinya dan merenungkannya.” – Mirifica News