Murid sekolah datang membeli kuih yang baru dimasak oleh para suster di Pusat Kerohanian dan Pendidikan Salesian di Singil-dong, Korea sebagai kempen pengumpualn dana bagi kanak-kanak yang terkesan oleh gempa bumi di Turkey dan Syria. (Photo: Catholic Times of Korea)
Mac 22 2023
SEOUL – Para sister di Seoul, ibu kota Korea Selatan mula menjual kuih di jalanan sebagai cara untuk kempen mengumpul dana untuk disumbangkan kepada kanak-kanak di Turkey dan Syria yang dilanda gempa bumi.
Pusat Kerohanian dan Pendidikan Salesian di Singil-dong, Seoul telah melancarkan penjualan taiyaki, kuih Jepun berbentuk ikan yang berinti kacang merah, sejak awal bulan Mac. Para sister menjual taiyaki dua kali seminggu dan ianya berterusan sepanjang bulan. Duit jualan yang terkumpul akan diberikan kepada komuniti Salesian di Syria untuk keperluan kanak-kanak yang terkesan oleh gempa bumi.
Ketika para sister mula mempersiapkan mesin taiyaki di hadapan pusat tersebut pada 6 Mac, ramai kanak-kanak dari sekolah berdekatan menyerbu datang untuk membeli kuih yang baru siap dimasak. Sesetengah murid dari sekolah menengah membeli taiyaki berharga 1,000 won (US0.77) namun membayar 10,000 won (US7.65) dari duit saku mereka kerana sedar ia adalah kempen pengumpulan dana, kata Suster Maria Kim Young-hee, pengarah pusat tersebut.
Sister Kim berkata yang projek taiyaki itu menjadi semakin popular, membuatkan tempat itu sesak dan semua kuih terjual sebelum masa berniaga tamat. Ketika para sister bergilir-gilir memasak dan menjual taiyaki, ibubapa dan para remaja yang terlibat dalam berbagai program dipusat tersebut, juga turut serta datang membantu. Kim Min-ji, 42, seorang ibu menyatakan yang dia akan datang lagi untuk membantu kerana merasakan pelayanan itu sesuatu yang membawa makna tersendiri baginya.
Sister Kim berkata, “Saya amat berterimakasih kepada anda yang telah mengongsikan kasih anda melalui gerai taiyaki, kerana ia memperlihatkan bahawa anda bersimpati dengan mereka yang menderita, terutama sekali golongan kanak-kanak.”
Menurut Agensi Kanak-Kanak Bangsa Bangsa Bersatu, sekitar 850,000 kanak-kanak di Syria dan Turkey kehilangan tempat tinggal dan memerlukan bantuan keperluan harian. – UCA News (Terjemahan oleh CS)