Rektori baharu Gereja Divine Mercy KKIP Telipok
Oleh SOCCOM Gereja Divine Mercy KKIP Telipok
Oct 13 2022
TELIPOK – Bangunan Rektori Gereja Divine Mercy KKIP Telipok lengkap dengan sebuah pejabat am kini telah siap dibina. Pembinaan mengambil masa hanya enam bulan yang selesai pada 18 Julai 2022 lalu. Ia sebenarnya mulai dibina pada 28 Ogos 2021 namun dihentikan selama beberapa kali disebabkan perintah kawalan pergerakan.
Uskup Agung John Wong telah memberkati rektori tersebut pada 9 Oktober lalu pada jam 5.30 petang. Ketibaan Uskup Agung telah disambut dengan paluan gong oleh kanak-kanak berumur tujuh sehingga 11 tahun dari Gereja Divine Mercy KKIP.
Uskup Agung memberkati rektori
Dengan adanya rektori ini, ia akan memudahkan paderi berurusan dengan umatnya dalam hal pendaftaran pembaptisan, perkahwinan dan kematian kata Fr David Sham Rektor Paroki, dalam ucapannya.
Fr David merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua dermawan dan juga umat setempat kerana telah bermurah hati dan banyak membantu dalam menyiapkan pembinaan rektori. Ini katanya melambangkan sebuah gereja sinodal.
Dia juga yakin dan berharap agar umat sentiasa menyokong dan membantu apa juga rancangan masa depan demi pembangunan Gereja Divine Mercy.
Dalam ucapan Uskup Agung John Wong, prelatus merakamkan berbanyak terima kasih dan sangat terharu dengan kesatuan dan komitmen umat kerana walaupun dengan keadaan cuaca yang sangat buruk, mereka bersemangat untuk hadir bersama memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan.
Selesai ucapan dari prelatus, sajian makan malam bersama dimulakan dengan iringan persembahan kebudayaan dan tarian oleh KWK, Pelayan Altar, pemalu gong kanak-kanak DMC, K3I dan beberapa individu. Makanan dan minuman telah disediakan oleh umat-umat KKD DMC.
Makan malam
Turut hadir pada petang tersebut adalah Fr Postinus Kurup, Fr Mattheus Luta, para sisters dari FSIC, para katekis dan umat dari Paroki St Catherine Inanam, Holy Family Telipok dan Sub-Paroki Good Shepherd Manggatal.