Para pembimbing mengabadikan kenangan bersama Fr Rusell Lawrine
Oleh Nelson Fernandez
Jan 26 2022
DONTOZIDON – “Kita satu tubuh, satu anggota dan satu keluarga besar”, adalah ungkapan yang di sampaikan oleh Fr Rusell Lawrine kepada para pembimbing Paroki St Paul Dontozidon semasa menghadiri rekoleksi yang diadakan pada 22 Jan 2022 bertempat di Gereja Our Lady Queen of Peace Kobusak.
Seramai 45 pembimbing dari ketiga-tiga Gereja di bawah naungan Paroki Dontozidon menyertai rekoleksi tersebut yang dikendalikan oleh Fr Rusell Lawrine.
Dengan tema kateketikal Se-Malaysia tahun ini “Keluarga: Jalan menuju Kekudusan” memberi satu inspirasi dan kekuatan terutamanya dalam sesi-sesi sepanjang rekoleksi tersebut di mana Fr Rusell berkata bahawa “kita semua mempunyai persamaan dalam berjalan bersama iaitu terjejas dengan pandemik, kita kesayangan anak-anak Tuhan dan mencintai gereja dan anak-anak kita.
Melalui semua ini kita mempunyai satu tujuan untuk dikecapi dengan semangat hati berjalan bersama dalam seperti perjalanan menuju ke Emmaus. Begitu juga dengan para pembimbing, walaupun banyak cabaran dan dugaan namun ianya tidak menghalang untuk melaksanakan tugas yang diberi dan saling menyokong diantara sesama.
Para pembimbing dalam kumpulan kecil
“Begitu pun, hidup berkeluarga dan menjadi seorang katekis adalah satu berkat yang sangat indah. Ini kerana dalam keluarga juga kita dapat melihat melalui tritunggal, dalam perjamuan (Ekaristi) dan keluarga menjadi Gereja rumah tangga,” katanya.
Fr Rusell juga mengingatkan para ibubapa untuk memainkan peranan dalam keluarga melalui “perkataan dan teladan. Mewartakan khabar baik pada anak-anak agar dapat meneguhkan iman mereka serta melakukan perbuatan yang baik di hadapan anak-anak supaya ianya menjadi tauladan pada mereka.
“Kita adalah satu keluarga yang besar dan dalam keluarga kita bukan bersendirian tetapi kita mempunyai ramai anggota, berkait rapat di antara sesama dan saling menjaga di antara satu sama lain dan begitu jugalah sebaliknya di dalam kelas bimbingan,” katanya.
Di akhir rekoleksi, Fr Rusell memberi rumusan keseluruhan sesi, seterusnya doa penutup dan makan bersama yang di sediakan.