Para katekis pembimbing, pelajar PMG dan umat yang bergambar selepas rekoleksi selesai
Oleh N’jill- Soccom St Peter, Kudat
Feb 16 2024
KUDAT – Komiti Kateketikal mengadakan Rekoleksi Pembimbing pada 3 Feb 2024 sebagai persediaan rohani Para Katekis Pembimbing yang menerima pengutusan pada keesokannya, hari ahad. Penglibatan peserta ke rekoleksi tahun ini adalah menggalakkan dengan kehadiran seramai 65 orang.
Sebelumnya, Triduum telah diadakan dengan Doa Rosari dan renungan, Misa Kudus dan hari ketiga Doa Rosari dan Adorasi. Para Pembimbing PMG, IKD bersama pelajar PMG Tahap-9 dan Tahap-10 beserta ibu bapa dan umat awam telah menyertai Triduum itu.
Dalam rekoleksi tersebut, tiga ceramah telah disampaikan. Ceramah pertama iaitu Tema Hari Minggu Kateketikal; Kita Adalah Pengurus Ciptaan Tuhan (1Petrus 4:10) telah disampaikan oleh Teresa Zaratung. Manakala dua lagi Ceramah telah disampaikan oleh Sr Lusiah Kayoh.