Para Katekis semasa Perutusan dan lafaz janji komitmen pelayanan
Oleh Alfred Tining, SOCCOM KB
Nov 30 2023
KOTA BELUD – Rekoleksi Pembaharuan Komitmen Katekis Paroki St Edmund Kota Belud dilaksanakan oleh Paderi Paroki Fr Jalius Sading pada 28 Nov 2023 bertempat di Diykalod Guesthouse, Melangkap.
Seramai 28 katekis menyertai rekoleksi itu, rekoleksi bermula dengan Pentakthaan Alkitab serta pujian dan penyembahan melalui lagu-lagu rohani.
Katekesis Ekaristi dan Keluarga yang berlangsung dalam tiga sesi. Penekanan peranan Ekaristi dalam keluarga dan pelayanan sebagai Katekis Paroki.
Rekoleksi berlangsung secara santai namun penuh makna. Sepanjang sesi, para Katekis dibahagikan kepada empat kumpulan kecil di mana mereka dapat berkongsi pengalaman dan pendapat masing-masing. Acara ditutup sekitar jam 4.00 petang.
Misa Kudus dan kemuncak Rekoleksi Perutusan dan lafaz janji dalam pelayanan iaitu Pemimpin Ibadat Sabda, Pemimpin doa pelbagai pemberkatan dan Pelayan komuni tak lazim diadakan pada 5 Nov 2023.