Peserta Penampang Youth Day 8 bergambar selepas Misa Kudus, 18 Sep
Oleh Euseclara Suah
Sep 28 2022
PENAMPANG – Seramai 281 peserta termasuk penganjur telah mengikuti Penampang Youth Day ke-lapan (PYD 8) pada 15-18 September lalu di gereja Divine Mercy, Maang. Peserta PYD 8 datang dari sepuluh zon di bawah Paroki Penampang.
Setelah dua tahun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 dan kini beralih ke fasa endemik, PYD 8 dapat dijalankan secara fizikal.
Program ini bertujuan memanggil belia untuk melayani dan menerapkan semangat berjalan bersama atau sinodal, membantu belia menghidupi dan merenung panggilan mereka sebagai seorang belia serta membentuk peribadi belia agar lebih yakin dalam pelayanan mereka.
PYD 8 ini juga untuk menyegarkan iman belia supaya berani menjadi saksi Kristus.
Archbishop John Wong menyampaikan ucapannya kepada peserta PYD 8
Misa pembukaan PYD 8: Renung salib kamu dan ikut teladan Maria
Misa pembukaan PYD 8 dipimpin oleh Uskup Agung John Wong dan dibantu oleh Fr Wilfred Atin, paderi Paroki Penampang, Fr Gilbert Marcus, Fr Andrew Kim, Fr Rayner Bisius dan Fr Lawrance Kim pada 15 Ogos jam 7.00pm.
Misa Kudus tersebut juga diadakan secara langsung di laman Youtube SOCCOM St Michael, Penampang.
Uskup Agung menyeru para belia untuk merenung salib yang mereka punyai dan mengikuti teladan Maria supaya mempunyai iman untuk menghadapi semua salib.
Uskup Agung John bertanya dalam homilinya, “Apakah yang kamu renungkan apabila melihat salib?
“Seperti dalam lagu yang dicipta oleh Paroki Tambunan (‘Bersatu Dengan Tuhan dalam Ekaristi’ ciptaan Fr Valentine), ‘salib lambang keseksaan’ namun salib juga adalah lambang kemenangan.
“Sepanjang PYD ini, renungkan apakah salib yang kamu punyai? Adakah salib yang sering disalah faham oleh rakan-rakan atau ibu bapa, atau sering mengalami penolakan, atau banyak masalah yang terbentuk dalam kehidupan?
“Siapakah yang tidak mempunyai masalah? Bagaimana kita menghadapi semua masalah yang kita hadapi? Kita sering kali berkata saya ingin menyelesaikan masalah yang saya ada tetapi dapatkah kamu menyelesaikan semua masalah kamu?
“Walaupun kamu dapat menyelesaikan masalah kamu pada saat ini, saya yakin bahawa esok akan ada masalah baharu. Berapa banyak masalah yang boleh kamu selesaikan?
“Mempunyai masalah adalah untuk kita harungi dan hidupi dalam kehidupan kita sebab masalah tidak akan pernah habis.
“Setiap masalah yang kamu hadapi diberi oleh Tuhan agar iman kamu dapat dikuatkan. Melalui iman ini, kita dapat menghadapi setiap masalah yang lebih besar di masa hadapan.”
Menghidupi iman seperti Maria
Prelatus berkata, “Maria adalah umat yang sentiasa mengharungi setiap masalah dalam hidupnya. Setiap masalah yang berlaku dia akan renung dan terima masalah itu melalui bimbingan Roh Kudus.
“Bayangkan bagaimana perasaan Maria pada saat melihat Yesus di atas kayu salib. Saya rasa Maria mempunyai banyak persoalan dan masalah tetapi dia menerima semuanya serta menghidupi masalah itu.
“Maria adalah umat yang menguatkan iman untuk mengahadapi setiap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita seperti dalam bacaan Injil pada hari ini (Yoh 19:25-27).”
Dia juga menggalakkan agar belia membawa Maria pulang ke rumah dan mencontohi peribadi Maria dalam kehidupan mereka kerana Maria adalah pengantara, sentiasa berdoa bersama, dan membimbing ke arah anaknya Yesus.
Dia membawa semua untuk mempersiapkan diri bersama Maria agar sentiasa sedia dan taat kepada panggilan.
Dia juga berkata kepada para belia, “Para peserta, bangun dan bersaksilah demi Yesus kerana daripada pengalaman kamu di sini bersama dengan Tuhan dan selepas empat hari ini kamu benar-benar dapat merasakan kehadiran Tuhan.
Prelatus berharap sepuluh peratus daripada peserta menyahut panggilan menjadi sister dan paderi.
Hendry John, Koordinator TPBP menyampaikan cendera kenangan kepada Fr Terans Thadeus selepas sesi Arise, 17 Sep
Sorotan PYD 8: Menghidupi panggilan sebagai orang muda Katolik
Program ini membantu para belia untuk merenung panggilan mereka dalam pelayanan sebagai orang muda Katolik. Sesi dan aktiviti diadakan di dewan gereja.
Pada 16 Ogos bersamaan hari ke-dua program PYD 8, para belia disegarkan dengan sesi pertama iaitu Arise oleh Fr Terans Thadeus. Di dalam sesi ini Fr Terans berkata seorang belia perlu bangun untuk menghidupi panggilan kekudusan, mencintai Ekaristi dan mengasihi lebih sungguh.
Peserta berkongsi antara sesama selepas sesi Be Brave
Seterusnya, dalam sesi kedua iaitu Be Brave, belia diseru untuk menjadi lebih berani dalam membuat keputusan, menyahut panggilan dan untuk melayani. Penceramah jemputan, Eveline Eduardo, berkata menjadi berani adalah cara kita menghadapi bahaya dan kesulitan dalam hidup.Dia juga mengingatkan para belia akan seruan Bapa Suci Fransiskus kepada orang muda untuk tidak takut seperti dalam petikan alkitab (Yer 1:8) ‘Jangan takut… sebab Aku menyertai Engkau’.
Dalam aktivitas satu iaitu Orang Muda Katolik, Sr Celadiana berkata kepada para belia untuk menyedari kebutaan diri dengan kerendahan hati dan menekankan agar belia tidak menyia-siakan kekuatan serta semangat orang muda. Selesai ceramah belia melakukan aktiviti untuk banner presentation tentang santo penaung gereja.
Pada hari ke-tiga, 17 Ogos Rosaline Jomilon menyampaikan sesi ketiga iaitu Testify. “Setiap pelayanan bermula daripada keluarga dan diri sendiri. Kita memberi kesaksian untuk kebenaran.” Rosaline berkata Tuhan akan menunjukkan jalan bagi mereka yang ikhlas bersaksi dan memperoleh kebahagiaan dalam keluarga.
Seminarian Bradley menyampaikan sesi keempat iaitu Witness bererti menjadi bukti sesuatu kejadian. “We can be witnesses by being the light,” katanya dalam sesi itu.
Para belia melakukan aktiviti team building bagi aktivitas dua, Treasure of Gift. Dalam aktiviti ini, belia diberi paper guide untuk mencari benda di seluruh kawasan gereja.
Pada hari ke-empat sesi khas Let it Be Green adalah inisiatif tuan rumah sebagai tanda kenangan program Penampang Youth Day kali ke-lapan diadakan di Zon Divine Mercy Maang.
Aktiviti penanaman pokok merupakan satu ajakan penganjur agar belia menghargai dan menjaga alam sekitar.
Fr Wilfred Atin: Di luar banyak cabaran, komitmen untuk bersaksi
Semasa dalam Misa penutupan PYD 8, Fr Wilfred Atin berkata bahawa selepas ini belia akan menghadapi cabaran seterusnya di luar program tersebut.
“Cabaran yang seterusnya adalah di luar sana apabila kamu kembali ke tempat kamu masing-masing kerana pada masa ini kamu rasa selamat, aman, bahagia, bersemangat sebab ada yang membimbing kamu.
“Di luar sana kamu akan menghadapi banyak perkara yang mencobai kamu maka ingatlah firman Tuhan hari ini dan kembali dengan komitmen kamu untuk bangkit dan bersaksi,” kata Fr Wilfred.
Dia juga menyentuh soal penggunaan wang bahawa ia boleh digunakan dalam banyak perkara dan bertanya kepada semua umat adakah wang itu dosa.
“Belia, firman Tuhan hari ini adalah tentang wang, ia boleh disimbolkan dalam banyak perkara. Saya percaya kamu yang hadir dalam Misa menutup PYD 8 sudah mengalami Tuhan dalam kehidupan kamu dan sudah disegarkan kembali dengan banyak input besama rakan-rakan.
“Wang bukan suatu dosa. Cara mendapatkan wang itu yang membuatkan kita berdosa iaitu wang didapati dengan cara yang tidak direstui Tuhan atau cara penggunaan wang itu yang membuatkan kita berdosa.”
Fr Wilfred mengingatkan agar tidak mengabdikan diri kepada kedua-dua Tuhan dan mammon (wang) kerana wang menyebabkan kita meninggalkan agama kita.
“Ramai orang jatuh disebabkan kekayaan. Wang yang tidak dikendalikan dengan baik akan memudaratkan kita.
“Begitu juga dengan penggunaan dadah. Jika tidak dikendalikan dengan baik atau disalahgunakan ia akan memudaratkan. Pada dasarnya, dadah itu adalah baik dan digunakan dalam perubatan.
Selesai Misa Kudus, Fr Wilfred mengumumkan PYD yang seterusnya akan diadakan di St Paul Bisuang zon Kinarut. Seterusnya, dia menyampaikan hadiah kepada pemenang pencipta logo PYD 8 dan pencipta lagu tema PYD 8.