TPBP Dontozidon bergambar kenangan bersama Sr Dora dan Fr Russell
Oleh TPBP Dontozidon
June 21 2022
DONTOZIDON – Umat Paroki St Paul di sini, gembira menerima lawatan Pastoral dari Archdiocesan Youth Commission (AYC) pada 12 Jun 2022.
Lawatan ini adalah berkaitan dengan aktiviti Gereja Sinodal yang sepatutnya diadakan pada awal tahun namun ianya tertunda atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.
Aktiviti dalam lawatan pastoral Tim AYC ini dijalankan dengan sederhana dan tetap mengikuti SOP. Acara dimulai dengan pentakhtaan alkitab dan doa pembukaan oleh Fr Russell Lawrine.
Fr Russell dalam homilinya, menegaskan kepada para belia supaya sentiasa bersedia dan mempunyai iman yang teguh dalam melayani agar tidak akan mudah jatuh.
Sesi memperkenalkan diri antara ahli TPBP Dontozidon dan ahli-ahli AYC yang di ketuai oleh Sr Dora Obod. Dalam sesi kali ini, Sr Dora mengongsikan video iaitu sejarah perjalanan dan penubuhan Team Belia ke AYC dari awal tahun 1970an hingga kini.
Dalam perkongsian tersebut terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka tempuh sepanjang penubuhan Belia di Diosis Agung Kota Kinabalu. Daripada cabaran dan dugaan yang diperkongsikan itu sebenarnya telah memberikan inspirasi yang sangat mendalam kepada kami.
Salah satu kumpulan kecil untuk sesi perkongsian
Para peserta dalam program ini dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mereka bertukar-tukar pendapat. Perkongsian ini dijalankan bersama untuk mendengar suara dan semangat para belia untuk melayani semula di gereja setelah dua tahun tidak mengadakan sebarang aktiviti disebabkan Covid-19. Mereka menceritakan pengalaman diri masing-masing selama dua tahun itu tanpa apa-apa aktiviti di gereja.
Kehadiran peserta seramai 50 orang yang rata-rata berumur 16 tahun itu adalah belia dari Gereja St Paul Dontozidon, St JohnThe Baptist Kopungit dan Our Lady Queen of Peace, Kobusak.
Aktiviti diakhiri dengan pengulungan oleh Sr Dora sebelum makan tengahari.