Kanak-kanak yang menghuni Rumah Anak Yatim, Bakti Luhur, Yogyakarta
Oleh Frater Derry Cristofer, Seminary Tinggi Anging Mammiri, Yogjakarta
Nov 12 2021
HIDUP manusia adalah unik sejak awal mula. Sejak zaman penciptaan ketika Tuhan menciptakan langit dan bumi lalu kemudian pada hari keenam Tuhan menciptakan manusia sebagai ciptaan yang secitra dengan Tuhan, cerita dari keunikan itu sudah dimulai. Hampir semua ciptaan Tuhan yang tampak di bumi ini memiliki keunikan dan ciri khasnya masing-masing. Entah itu bentuk, warna, kegunaan, cara hidupnya, dan banyak lagi. Semuanya terasa begitu istimewa, unik dan juga indah dalam sebuah harmoni alam semesta karya Tuhan.
Topik mengenai keunikan ini pun tak pernah lepas dari diri manusia. Dari sejak dahulu kala, manusia diciptakan berbeza-beza dengan segala keunikan masing-masing. Tidak pernah ada satu manusia pun di dunia ini yang benar-benar sama dalam pelbagai bentuk kehidupannya. Pasti selalu saja ada yang berbeza antara satu sama lain.
Perbezaan itu bukanlah sebuah keburukan melainkan menjadi suatu hal yang sangat indah untuk selalu disyukuri.
Tapi justeru dari perbezaan itulah setiap orang dapat selalu belajar bahawa “aku” sebagai seorang peribadi, memiliki sesuatu yang berbeza dengan orang-orang di sekitarku. Perbezaan itu bukanlah sebuah keburukan melainkan menjadi suatu hal yang sangat indah untuk selalu disyukuri. Bukankah pelangi terlihat indah kerana terdiri dari pelbagai warna dan bukannya satu warna saja. Hal itulah yang menjadi sebuah nilai berharga dari perbezaan antara masing-masing manusia, perbezaan membuat sesuatu menjadi indah.
Sebuah kesempatan yang berharga yang boleh saya alami dalam kehidupan ini adalah perjumpaan dengan kanak-kanak kurang upaya di Rumah Anak Yatim Bakti Luhur, Yogyakarta. Pengalaman berjumpa dan bertegur sapa dengan orang-orang yang mungkin boleh dikatakan tidak sesempurna manusia dalam gambaran yang normal.
Dalam segala kekurangan mereka, mereka tidak pernah kehilangan senyum untuk membuat saya kemudian menjadi tersentuh, “Jika mereka dapat mensyukuri hidup ini mengapa saya tidak?”.
Mereka hadir sebagai salah satu ciptaan unik dari Tuhan yang juga menjadi bahagian yang indah dari kehidupan ini. Segala bentuk keadaan ataupun keadaan mereka juga adalah perwujudan yang nyata dari kehadiran Tuhan. Bahawa Tuhan tidak hanya hadir dalam hal-hal yang terlihat sempurnya, namun Tuhan juga hadir dalam hal-hal yang di mata manusia kurang sempurna.
Perjumpaan pertama saya dengan mereka sungguh memberi kesan dan tidak dapat dilupakan. Masih teringat jelas senyum kanak-kanak mahupun orang tua yang saya temui. Dalam segala kekurangan mereka, mereka tidak pernah kehilangan senyum untuk membuat saya kemudian menjadi tersentuh, “Jika mereka dapat mensyukuri hidup ini mengapa saya tidak?”. Sebuah renungan yang kemudian membuat saya juga membalas senyum mereka.
Saya kemudian mencuba untuk bertanya dan bercakap-cakap dengan mereka. Meskipun ada dari mereka yang tidak dapat berbicara, tapi dari raut muka mereka, dari gerakan mereka, dari rekahan senyum mereka, mereka berbicara lebih banyak daripada kata-kata yang dapat mereka ucapkan. Mereka telah menunjukkan kepada saya bahawa tak perlu menjadi normal untuk dapat menikmati hidup ini. Hanya perlu ketulusan dan kesederhanaan, maka membuat ini menjadi lebih indah dan bermakna.
Sejak awal mula tidak ada hal buruk di mata Tuhan, semuanya baik. Hanya kemudiannya manusia yang menganggap sesuatu itu buruk atau tidak sempurnya.
Saya kemudian faham bahawa Tuhan pasti punya alasan untuk menciptakan mereka. Kerana memang sejak awal dalam Kitab Suci dituliskan bahawa Tuhan menciptakan semuanya “baik adanya” (bdk. Kej 1:31). Kata “baik adanya” menjadi sebuah penekanan yang menarik. Bahawa sejak awal mula tidak ada hal buruk di mata Tuhan, semuanya baik. Hanya kemudiannya manusia yang menganggap sesuatu itu buruk atau tidak sempurnya.
Kadang kala, saya sampai pada keadaan di mana saya terlalu banyak “protes” dengan kehidupan ini. Entah kerana monotony, membosankan, tidak dapat berbuat apa-apa, dan banyak hal lain. Bahkan kerap kali dalam doa-doa saya lebih banyak protes terhadap hal-hal yang tidak baik dalam hidup saya. Sangat jarang saya mahu mengucapkan kata “Terima Kasih” atas segala kebaikan yang telah saya terima, yang jika dibandingkan dengan hidup orang lain boleh dikatakan bahawa saya lebih bernasib baik.
Saya tidak pernah cuba untuk sejenak membayangkan jika saya berada di tempat atau seperti mereka (cacat). Di saat hidup tidak mengizinkan saya berbuat sesuatu yang lebih. Kesempurnaan kadang kala memang membuat orang buta, tidak pernah puas. Seolah-olah hidup yang saya miliki sekarang belum juga cukup. Padahal apa salahnya untuk bersyukur, berterima kasih atas hal-hal yang sudah saya terima yang belum tentu dapat diterima oleh orang lain di luar sana.
Dalam banyak hal yang tidak mereka miliki, mereka memiliki sebuah sikap penyerahan diri yang begitu total.
Para penghuni Rumah Anak Yatim Luhur, Yogjakarta telah mengajar saya sesuatu yang tidak saya temukan pada orang-orang yang menganggap dirinya normal. Mereka hadir dengan gambaran anak-anak Tuhan yang sejati yang selalu berpasrah kepadaNya. Dalam banyak hal yang tidak mereka miliki, mereka memiliki sebuah sikap penyerahan diri yang begitu total.
Sangat berbeza dengan sikap saya selama ini kerap kali terlalu banyak protes dalam hidup ini. Kerana itulah pengalaman ini menjadi sebuah saat bagi saya untuk melihat kembali diri saya selama ini.
Dalam perjalanan melihat diri ini, saya akhirnya sedar bahawa masih ada banyak hal yang belum saya lakukan dan kurang saya syukuri dalam hidup ini. Para penghuni Rumah Anak Yatim Bakti Luhur telah memberikan saya sebuah pesan yang sangat menarik mengenai keunikan dari hidup ini dan pentingnya rasa syukur. – Hidup Katolik