SEMASA bekerja di Tanah Suci, orang Palestin sering menceritakan kisah lucu tentang sejarah tanah mereka yang telah diduduki oleh banyak kerajaan dan kuasa: orang Yunani, Roma, tentera Salib, Israel dan lain-lain.
Setelah setiap kisah penghunian, orang Palestin akan berkata “… dan di mana mereka sekarang?” Dengan kata lain, dominasi datang dan pergi tetapi “hanya janji Tuhan untuk negeri itu yang akan bertahan dan kekal!”
Kita mendengar sesuatu yang serupa dalam bacaan Kitab Suci ini: “Maka sekarang, hai orang Israel, dengarlah ketetapan dan peraturan yang kuajarkan kepadamu untuk dilakukan, supaya kamu hidup dan memasuki serta menduduki negeri yang diberikan kepadamu oleh Tuhan nenek moyangmu. Dan orang akan berseru ‘tidak ada orang lain yang lebih bijaksana dan berhemah seperti bangsa besar ini yang mempunyai Tuhannya yang dekat dengan ketetapan dan peraturan.’”
Keadaan sekarang di dunia amat menakutkan. Bukan hanya kehidupan dan dunia kita dalam bahaya, tetapi perubahan iklim, wabak dan bencana alam bahkan menghilangkan harapan untuk generasi akan datang dan keberadaan planet ini. Kuasa dunia dan organisasi pengganas meneruskan permainan mereka. Walaupun sarana kewangan disia-siakan secara dalam perjalanan mewah ke ruang angkasa lepas, yang termiskin dikritik kerana kebobrokan yang lebih besar, dieksploitasi dan dijual sebagai hamba.
Harapan apa yang ada dalam situasi kesunyian Tuhan ini? Mungkin kita dapat belajar dari orang Palestin “hanya janji-janji Tuhan yang akan bertahan dan kekal!”
Dalam surat Yakobus, Tuhan menjanjikan kita kehidupan baru melalui pembaptisan dalam Yesus, yang, dengan bebas memilih untuk menjadi satu dengan kita, menjadikan kita buah pertama dari ciptaan baru. Bagi kita yang dibaptis, ada permulaan baru yang menyelamatkan kita dari penderitaan dunia di mana kita hidup.
Persoalan yang perlu kita tanyakan adalah “Bagaimana kita, yang hidup di dunia ini dengan semua permasalahannya, menjalani permulaan baru ini?” Dalam surat dari Yakobus, saya mendapat nasihat yang baik. Pertama-tama Dia bercakap tentang menerima firman Tuhan. Dengan mempercayai firman Tuhan dan menaruh harapan di atasnya, kita memiliki kepastian bahawa semua akan dapat dicapai sebagaimana yang Dia kehendaki.
Kedua, dia memberitahu untuk menolong anak yatim dan janda; dengan kata lain, jangkaui mereka yang tidak berdaya dan memerlukan. Dan terakhir, dia memperingatkan kita agar tidak dicemari oleh dunia, maksudnya, jangan biarkan emosi anda terpengaruh dengan perkara-perkara di dunia ini.
Saya percaya ini adalah tugas paling sukar bagi kita orang Kristian. Walaupun berada di hutan Sarawak, saya masih ingat, berita di radio BBC, yang saya gigih mendengarkan setiap jam, telah memberi pedoman kepada hidup saya.
Setiap orang terpengaruh dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang membangkitkan pemikiran dan keinginan jahat di dalam hati kita, yang dikatakan oleh Yesus, menajiskan kita (percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan Markus 7: 21-22).
Akan tetapi, Yakobus menuntut kepatuhan kepada firman Tuhan, menolong orang miskin dan yang memerlukan. Inilah pertempuran kerohanian yang perlu dengan berani diperjuangkan: untuk membebaskan hati kita demi KASIH.
Dalam Markus 7, orang-rang Farisi dan ahli-ahli Taurat bertanya kepada Yesus mengapa murid-muridNya tidak mengikuti adat orang Yahudi. Berikut adalah referensi yang dibuat untuk “mitzvot“, 613 perintah dan undang-undang yang harus dipelihara oleh semua orang Yahudi yang setia. Mitzvot bermula dengan sepuluh perintah dan banyak undang-undang dan peraturan lain untuk membimbing masyarakat. Adalah baik untuk diperhatikan bahawa Yesus dalam teks ini tidak mengkritik mitzvot, kerana “Aku datang bukan untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi, melainkan untuk menggenapinya” (Matius 5:17)
Dia mengkritik orang-orang Yahudi kerana tidak memahami tujuan mitzvot, iaitu perintah terbesar: “Dengarlah, hai orang Israel: Tuhan itu Tuhan kita, Tuhan itu esa! Kasihilah Tuhanmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu” (Ulangan 6:4-5). Yang kedua adalah ini, “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini” (Marekus 12:31).
Apabila saya pergi ke Misa Hari MInggu kerana alasan sosial, saya tidak menghormati Tuhan dan tidak memenuhi tujuan undang-undang. Sebaliknya, ketika pada masa COVID ini, mengasihi sesama menolong saya menjaga jarak, memakai topeng, dan mendapat vaksin, maka saya menggenapi tujuan undang-undang.
Soalan
- Adakah tujuan hidup saya adalah tanpa kesukaran dan dosa?
- Di manakah peperangan rohani do dalam hidup anda?
______________________
Fr Guido Gockel MHM
Seorang ahli St Joseph’s Missionary Society of Mill Hill, berpusat di London, Father Guido ditahbis menjadi paderi pada tahun 1969. Sejurus selepas pentahbisannya, dia diutus ke Malaysia (Sarawak) di mana dia melayani sebagai misionaris selama 18 tahun.
Sewaktu bercuti di Sabah, dia diperkenalkan kepada sekumpulan anak muda yang terlibat dengan Pergerakan Karismatik (CCR). Pengalaman ini membantunya menjadi instrumental dalam memperkenalkan CCR di Miri, Sarawak, di mana dia diberi misi di stasi luar.
Setelah tujuh tahun tempoh misionarisnya yang pertama pada awal tahun 70-an, dia kembali ke Malaysia untuk tiga lagi misi dan banyak lawatan jangka pendek. Dia tahu berbahasa ‘Melayu pasar’ dan lain-lain Bahasa negeri Sarawak.
Catholic Sabah berpeluang mendekati Fr Guido, yang sangat bermurah hati memberi masanya untuk menulis selama satu tahun di bawah kolum bertajuk “I’m On My Way”, sejak pelancaran portal online Catholic Sabah pada tahun 2020.
Berbekal sedikit galakan, Fr Guido bersetuju untuk terus menulis, dan Catholic Sabah membuat keputusan untuk memuat naik penulisannya sekali sebulan, dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Fr Guido terbuka untuk sebarang soalan untuk perbincangan dan penjelasan lanjut. Dia boleh dihubungi melalui emel frguidomhm@gmail.com.