Penerima menandatangani baucar penerimaan bantuan
Oleh DOSPO
May 9 2022
TELUPID – Seramai 12 buah keluarga yang terkesan akibat banjir yang berlaku pada hujung Disember tahun lalu, telah menerima bantuan kewangan daripada Caritas Malaysia pada 3 Mac yang lalu di Chapel St Peter Kg Bauto, Telupid.
Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Fr Christopher Ireneus, paderi paroki St Martin, Telupid dengan kehadiran Pengerusi KUK St Peter serta dua orang wakil daripada Majlis Pastoral Paroki.
Fr Christopher memberikan penjelasan yang tepat kepada wakil keluarga yang hadir mengenai sumbangan yang mereka terima agar tidak keliru dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak lain.
Diharapkan agar sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat banjir. – Diocese of Sandakan