Uskup Agung Julian Leow
By Herald Malaysia
June 8 2022
KUALA LUMPUR – Keuskupan Agung Kuala Lumpur merayakan Hari Minggu Komunikasi Sosial (KOMSOS) Sedunia ke-56 dengan Perayaan Ekaristi di Katedral St John the Evangelist, bersama dengan mereka yang terlibat dalam pelbagai bentuk komunikasi dalam keuskupan, pada 28 Mei.
Selebran utama, Uskup Agung Julian Leow, dibantu oleh Pembantu Eklesiastikal Fr Richard Anthonysamy, SJ, paderi paroki St John Fr Gerard Theraviam, Fr Edwin Peter, dan Fr Michel Dass.
Dalam ucapan pembukaannya, prelatus itu berkata, “Kita berada di sini untuk mengingati cara berkomunikasi antara satu sama lain dan untuk meraikan anda semua, yang menyampaikan firman Tuhan kepada sesama, kepada pelayanan-pelayanan anda dan pelbagai peranan yang anda sandang dalam keuskupan agung.”
Semasa homili, uskup agung menyeru para pengamal media untuk membaca dan menghayati pesan Bapa Suci Fransiskus yang bertema, “Mendengar dengan telinga hati.”
Prelatus itu bertanya, “Apa yang kita sampaikan? Kepada siapa kita berkomunikasi? Bagaimana kita berkomunikasi? Dan apabila kita mendengar, apa yang berlaku dalam diri kita?”
Tambahnya lagi, “Adakah kita menyediakan jawapan, adakah kita bersedia untuk bercanggah, adakah kita benar-benar mendengar apa yang dikatakan atau tidak dikatakan?
Bukan lisan juga sama pentingnya, kita harus memahami dengan memberi perhatian kepada apa yang diperkatakan. Bahasa tubuh kita tidak menipu.
“Hari ini saya berdoa sempena Hari Komunikasi Sosial Sedunia, kita akan menyampaikan Firman Tuhan,
“Firman yang menjadi daging, Firman yang telah datang ke dunia dan telah menghadapi banyak salah faham. Yesus ditolak, dianiaya, dan disalahertikan, namun Dia berdiri teguh, menyampaikan misi-Nya dengan membawa Berita Sukacita tentang keselamatan kepada dunia yang tidak bersedia untuk menerima Dia.”
“Sebagai individu yang terlibat dalam bidang komunikasi sosial ini, kita perlu menjadi pendengar yang baik.
Ramai di antara kita mempunyai pendengaran yang sempurna tetapi gagal mendengar Firman Tuhan.”
Uskup Agung juga mengongsikan bahawa beliau sendiri adakalanya berasa bersalah apabila mendengar orang lain, kurang mendengar perjuangan seseorang, kesakitannya, ketidakberdayaannya.
“Semoga Hari Minggu Komunikasi Sosial ke-56 ini mendorong kita untuk memperbaiki keadaan, mendengar, menyahut dan mencari jawaban,” kata prelatus itu.
Dalam ucapan penutup, Fr Richard SJ, pentadbir paroki Sts Peter dan Paul, Banting, mengucapkan terima kasih kepada uskup agung dan rakan-rakan paderi yang turut serta merayakan Misa pada hari itu.
Beliau juga mengalu-alukan wakil komunikasi sosial dari pelbagai paroki, dan mereka dari saluran media Katolik seperti HERALD, SIGNIS (Persatuan Katolik Sedunia untuk Komunikasi), Catholics at Home, Daughters of St Paul, Trinity, dan Fishermen Integrated. – Herald Malaysia