Oleh EJ
TELIPOK – Hari Orang Muda Sedunia (HOMS) anjuran Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) telah diadakan di Paroki Holy Family Telipok pada 22-24 Nov 2024.
Pada kesempatan itu, Evelyn Justine yang menjadi salah satu Keluarga Angkat (KA) kepada peserta HOMS membawa anak angkat ke Katedral Hati Kudus untuk bertemu dengan Jessica Peter, misionari pendoa melalui lukisan.
Pertemuan itu telah memberi inspirasi kepada para belia untuk berdoa melalui seni lukisan. Cara berdoa melalui seni merupakan pengalaman pertama bagi peserta di mana mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi yang mendalam melalui lukisan.
Dalam pada itu, aktiviti seperti itu memberi ruang dan membuka hati mereka untuk berbicara. Selain itu, ia juga memperlihatkan bahawa seni juga boleh menjadi medium penyampaian spiritual yang berharga serta menggalakkan kreativiti dalam penghayatan iman.
Aktiviti itu tidak hanya merapatkan hubungan antara belia tetapi juga membina kesedaran akan pentingnya ekspresi diri dalam perjalanan iman mereka.