Anggota polis menahan orang yang disyaki terlibat dalam perkahwinan kanak-kanak untuk dibawa ke mahkamah apabila saudara mara mereka bertindak balas, berhampiran balai polis Mayong di Daerah Morigaon, Assam pada 4 Feb 2023
By UCA News Indonesia
Feb 21 2023
PEMIMPIN agama, termasuk penganut Katolik, memuji langkah mengharamkan perkahwinan kanak-kanak di negeri Assam di timur laut India, dalam laporan agensi antarabangsa mengenai jutaan perkahwinan kanak-kanak di India.
Polis negeri Assam mengambil tindakan keras terhadap perkahwinan kanak-kanak pada 3 Feb dan menahan lebih 3,000 orang, termasuk paderi Hindu dan ulama Islam yang merasmikan perkahwinan kanak-kanak di negeri itu, bersempadan dengan Bangladesh.
“Kami menghargai langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak” kata Uskup Dibrugarh, Mgr. Albert Hemrom memberitahu UCA News pada 14 Feb lalu.
Satu pertiga daripada 650 juta perkahwinan kanak-kanak di dunia terjadi di India. Menurut laporan UNICEF, daripada 223 juta pengantin kanak-kanak di negara ini, 102 juta telah berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun.
Bishop Hemrom berkata, kerajaan negeri Assam sepatutnya merancang tindakannya dengan lebih teliti kerana antara yang ditahan adalah orang dewasa yang berkahwin ketika berusia lima atau enam tahun.
Prelatus turut berasa bimbang terhadap orang yang ditangkap kerana mereka akan ditempatkan di penjara yang sesak dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti air bersih dan tandas.
“Yang terjejas teruk ialah wanita,” katanya.
Bishop Hemrom berkata bahawa Gereja Katolik sedang berjuang menentang kejahatan sosial perkahwinan kanak-kanak.
“Kita telah memulakan program kesedaran di peringkat paroki dan keuskupan. Kita harus melawan amalan ini bersama-sama,” katanya.
Himanta Biswa Sarma, Ketua Menteri Assam yang menganggotai Parti Bharatiya Janata yang pro-Hindu, menulis tweet pada 13 Feb: “Tindakan kami terhadap perkahwinan kanak-kanak telah memasuki minggu kedua dengan 3,015 tangkapan setakat ini.”
Beliau mengesahkan desakan itu akan berlangsung sehingga pilihan raya negeri 2026.
“Gerakkan menentang kejahatan sosial ini akan diteruskan. Sisi positifnya ialah ramai orang keluar dan menyerahkan diri kepada polis,” kata Sarma.
Parti pembangkang menggelar penahan suami remaja dan ahli keluarga mereka sebagai “penyalahgunaan undang-undang” untuk kepentingan politik.
Masyarakat Islam di Assam telah lama menghadapi diskriminasi di negara berbilang etnik itu.
Pastor Rajesh Lakra dari St Stephan di Rumalgaon, Daerah Tinsukia berkata, “ini adalah langkah yang baik. Kami mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat kami dalam setiap cara yang mungkin tentang amalan berbahaya perkahwinan kanak-kanak.”
Anand Baba seorang pemimpin Hindu, pada 12 Feb, bersama aktivis kanak-kanak dan pekerja kesihatan, memulakan kempen di Tinsukia dan menganjurkan seminar mengenai kesan bahaya perkahwinan kanak-kanak.
Baba berkata kepada komuniti kebun teh, “Kita perlu menghapuskan amalan ini sepenuhnya daripada masyarakat.”
“Kita harus memdidik anak perempuan kita untuk membantu mereka mendapat peluang sama rata dalam masyarakat,” kata Baba dalam mesyuarat.
Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan, Negeri Assam mempunyai kadar kematian ibu dan bayi tertinggi di India. Lebih kurang 31 peratus perkahwinan di negeri ini berada dalam kumpulan umur yang dilarang.
Kerajaan negeri berkata mereka yang berkahwin dengan gadis di bawah umur 14 tahun akan tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Keslahan Seksual (POSCO).
Dalam keputusan penting pada tahun 2017, Mahkamah Agung India memutuskan bahawa melakukan hubungan seks dengan isteri bawah umur merupakan rogol.
Pada Disember 2021, Kerajaan persekutuan India menaikkan umur perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 21 tahun tanpa mengira kasta, kepercayaan dan agama. Beberapa kumpulan telah membuat rayuan terhadap tindakan itu di Mahkamah Agung di negara itu.
Di bawah undang-undang Islam India, yang mengawal institusi perkahwinan dan perceraian, pengangkatan dan penggantian dalam komuniti Islam negara itu, kanak-kanak perempuan boleh berkahwin apabila mereka mencapai akil baligh.
Walaupun haram, perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di banyak bahagian negara, kebanyakannya di luar bandar, kerana adat patriarki, kekurangan pendidikan dan kemiskinan, kata pekerja sosial.
Sumber: Indias religious leaders hail drive against child marriage