Barisan AJK baharu bergambar kenangan
Oleh Shirley
Apr 19 2022
SANDAKAN – Mesyuarat bersemuka bagi pembubaran AJK Komisi Kateketikal Keuskupan Sandakan (KKKS) sesi 2018-2021 dan perlantikan AJK KKKS sesi 2022-2025 telah diadakan pada 19 March 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Pastoral Keuskupan.
Pertemuan ini adalah yang pertama sejak mesyuarat terakhirnya pada 7 Mac 2020, sebelum pendamik Covid-19 melanda dunia dan menyekat pergerakan semua orang selama dua tahun.
Mesyuarat KKKS telah dipengerusikan oleh Kordinator Kateketikal Keuskupan, Sr Martina James, FSIC dan seramai 13 daripada 15 AJK KKKS dari semua paroki di Keuskupan Sandakan telah hadir dan melengkapkan korum untuk mengadakan pembubaran dan pemilihan AJK baharu dan ditambah dengan dua orang lagi dari Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran sebagai pemerhati.
Kordinator KKKS, Sr Martina menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua AJK lama yang telah bersama-sama dengannya untuk menjalankan tugas mereka dengan baik sepanjang sesi 2018-2021 dan mengalu-alukan kehadiran para perwakilan baharu.
Dengan rasminya, Kordinator Kateketikal Keuskupan itu membubarkan AJK bagi sesi 2018-2021 dan pemilihan AJK sesi 2022-2025 adalah seperti berikut:
Penaung: Uskup Julius Dusin Gitom
Penasihat Rohani: Fr Simon Kontou (St Dominic Lahad Datu)
Koordinator: Sr Martina James, FSIC (Katedral St Mary Sandakan)
Timbalan Koordinator: Sebastian Jude Francis (St Dominic Lahad Datu)
Setiausaha: Lucia Petrus (Katedral St Mary, Sandakan)
Timbalan Setiausaha: Nelly Solui (St Dominic Lahad Datu)
Ahli-Ahli Jawatankuasa:
Severinus Lester Ireneus (Katedral St Mary Sandakan)
Raymond Wong (Katedral St Mary Sandakan)
Kelly Chu Vun Fui (Holy Trinity Tawau)
Naomi Francis (Holy Trinity Tawau)
Asfaliza Batan (Holy Trinity Tawau)
Yahan Rayner Jalani (St Martin Telupid)
Felicity Undalis (St Martin Telupid)
Jimis Budu (St Martin Telupid)
Primus Longkiad (Our Lady of Fatima Beluran)
Florence Paulus (Our Lady of Fatima Beluran)
Maurice Kechi (Our Lady of Fatima Beluran)
Elaine V Alenjandro (St. Dominic Lahad Datu)
Barisan ahli-ahli yang baharu ini diberkati oleh Uskup Julius dalam Upacara Pengutusan semasa Misa Kudus Senja pada hari itu di Katedral St Mary, Sandakan.
Uskup Julius dalam homilinya mengucapkan terima kasih kepada AJK Komisi Kateketikal Keuskupan yang lalu dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik sebagai AJK baharu.
“Kita tahu bahawa, kita telah melalui masa yang sungguh sukar untuk menjalankan tugas, namun semua ahli Kateketikal berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menyampaikan iman kepada anak didik mereka di paroki masing-masing, maka dengan ini, bagi pihak keuskupan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa yang lalu dan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada AJK yang baharu. Saya percaya di peringkat paroki sudah diadakan upacara pengutusan para katekis dan fasilitator. Maka pada hari ini, kita mengadakan pengutusan bagi mereka yang menjadi Ahli Komisi Katekatikal di peringkat Keuskupan Sandakan,” kata Uskup Julius.
Penasihat Rohani, Fr Simon Kontou ketika dihubungi, berterima kasih kepada AJK lama atas dedikasi pelayanan mereka sepanjang penggal itu.
“Pelayanan Kateketikal adalah pelayanan yang sangat penting dalam Gereja,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada AJK baharu. Beliau berharap AJK baharu ini dapat melayani dengan iman dan kasih agar anak-anak didik mereka kelak mengakui bahawa Yesus itu adalah Tuhan dan Juruselamat dunia, dan bukan sekadar melengkapi diri dengan sakramen-sakramen gereja tetapi akhirnya Yesus tidak berperanan dalam kehidupan mereka. Maka, fokus penilaian terhadap anak-anak didik bukanlah prestasi cemerlang kelulusan ujian semata-mata tetapi lihatlah hidup iman mereka,” kata Fr Simon.
Komisi ini berharap dapat menjangkau dan melayani umat-umat yang belum mengenali Yesus Kristus sesuai dengan Misi dan Visi Keuskupan iaitu “Menjadi Satu Komuniti Berpusatkan Kristus, Melayani Sesama Dengan Kasih”.