Tangkapan skrin: DJ Beth dan Keith Foo dalam segmen KekitaanFM di Facebook live pada 10 Jun
Oleh Euseclara Suah
June 17 2022
KENINGAU – Pembuangan pekerja menyebabkan ramai belia yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan akibat pandemik.
Ramai belia dan umat yang berkemahiran sedang mencari pekerjaan namun tidak tahu bagaimana untuk memohon pekerjaan yang baik.
Penyampai radio kekitaanFM DJ Beth menemubual Pengarah Agensi Jobs Kreate Malaysia, Keith Foo, dalam bual bicara khas mengenai Peluang Pekerjaan ‘Around The World’ di Facebook Live kekitaanFM pada 10 Jun lalu.
Dalam segmen ini Keith berkongsi bagaimana dia mendapat idea menubuhkan agensi Jobs Kreate itu sendiri.
Keith Foo berkata tiada orang Malaysia membuat permohonan kerja di kapal layar Cruise ketika dia masih bekerja di sana.
“Ketika saya balik di Malaysia, saya mengetahui punca ramai orang Malaysia tidak membuat permohonan kerja di luar negara, sebab banyak agensi palsu dan penipu sehingga ramai orang Malaysia tidak percaya dengan agensi-agensi mencari pekerjaan.
“Oleh sebab itu, saya membuka agensi mencari pekerjaan yang betul untuk membantu orang Malaysia mendapat pekerjaan yang bagus dan gaji yang berpatutan.
“Misi saya menubuhkan Agensi Jobs Kreate Malaysia adalah menolong orang mendapatkan kerja.
“Tidak semua agensi adalah palsu dan penipu, tanya agensi berkenaan tentang lesen tenaga kerja daripada kerajaan” kata Keith.
Keith mengingatkan agar bertanya mengenai lesen apabila mahu memohon kerja melalui agensi dan tidak membayar sembarangan dengan agensi untuk mengelakkan diri daripada ditipu.
Keith mendorong anak-anak muda untuk tidak berhenti belajar di peringkat SPM sahaja kerana peluang pekerjaan banyak tetapi tidak memenuhi kelayakan pekerjaan.
“Anak-anak muda perlu tahu misi dan visi mereka kerana penting untuk sedar apa yang sedang berlaku dengan kehidupan mereka.
“Ibu bapa tidak dapat membantu kamu selamanya kerana mereka akan menjadi tua dan tidak dapat mencari pendapatan untuk kamu.
“Anak-anak perlu mula mencari pendapatan untuk menampung keperluan diri, keluarga dan untuk masa depan.
“Kamu perlu berusaha dalam apa pun yang kamu mahu agar dapat mencapai pelan yang telah dirancang.
“Saya menggalakkan anak muda untuk bekerja di luar negara agar mereka dapat meneroka lebih luas dan mempelajari perbezaan sistem pekerjaan di luar negara dan dalam negara.
Sepanjang bual bicara, kerja keras merupakan kunci utama mencapai kejayaan dan pengalaman meningkatkan kemahiran untuk membantu pencarian kerja.