Para pelajar CSGKML yang datang ke pertemuan kerohanaian
Oleh Biro Multimedia dan Dokumentasi CSGKML
Nov 11 2022
LABUAN – Christian Student Gathering Kolej Matrikulasi Labuan (CSGKML) berkumpul untuk menyatukan pelajar Kristian Katolik yang berada di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada 28 Okt lalu. Aktiviti ini dijalankan di Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Labuan.
Seramai 164 pelajar hadir dalam pertemuan ini termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) yang bertugas. Kehadiran kurang daripada sebelumnya kerana pelajar sibuk bersedia untuk peperiksaan, ujian penilaian dan ada yang menyiapkan kerja kursus.
Tema yang dipilih untuk Gathering CSGKML kali ini dipetik dari 1 Corinthians 12:25-27 “so that there should be no division in the body, but that its parts should have equal concern for each other. If one part suffers,every part suffers with it; if one part is honored, every part rejoices with it. Now you are the body of Christ, and each one of you is a part of it.”
Petikan ini memberitahu, walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, menggunakan bahasa yang berlainan serta memiliki rupa yang berbeza, tetapi di mata Kristus kita adalah satu dan tiada yang terkecuali.
Antara aktiviti yang dilakukan dalam gathering adalah ice breaking, games, sesi perkongsian serta pujian dan penyembahan yang dipimpin oleh biro dalam CSGKML.
Semasa sesi perkongsian, pelajar berkongsi pengalaman mereka berpandukan ayat alkitab yang diberikan. Mereka memberi dorongan dan semangat untuk menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar.
AJK Christian Student Gathering Kolej Matrikulasi Labuan(CSGKML) yang telah menjayakan Gathering, 28 Okt
Aktiviti gathering ini telah memberi impak positif kepada pelajar CSGKML iaitu membangkitkan iman pelajar, belajar tentang firman Tuhan, dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar.
Sebanyak RM720 Love Contribution dapat dikumpul dalam pertemuan ini untuk membantu pembangunan Gereja Blessed Sacrament di bawah “Labuan Catholic Educators”.
Ini mengingatkan pelajar akan pentingnya menanam sikap murah hati dan prihatin.
CSGKML tidak lupa akan sokongan daripada pensyarah dan kakitangan KML yang turut menyumbang dalam aktiviti itu.
Belova, Pengerusi CSGKML, berjaya menganjurkan sesi perjumpaan ini dengan bantuan AJK CSGKML.
AJK yang betugas bersyukur kerana dapat belajar dan melayani dalam aktiviti ini. Walaupun menghadapi sedikit kekurangan dalam melaksanakan aktiviti ini namun mereka tidak mengeluh.
Antara kekurangan yang dihadapi adalah aktiviti tidak berjalan mengikut masa yang ditetapkan dan bilangan pelajar kurang kerana pelajar CSGKML lambat mendapat informasi mengenai pertemuan ini. Hal ini menyebabkan para pelajar tidak dapat mengatur jadual mereka.
AJK pelaksana CSGKML berharap aktiviti seterusnya dapat sambutan meriah daripada pelajar CSGKML dan semua pelajar saling menguatkan di dalam iman, harapan dan pembelajaran.