Oleh Clarence Dol
RANAU – Komiti Kerasulan Keluarga, Gereja St Peter Claver, Ranau yang dipengerusikan oleh Veronica Unsoh telah berjaya menganjurkan Kursus Pasca Perkahwinan Bilangan 1/2024.
Objektif kursus adalah untuk memberikan input kepada peserta tentang peranan Ibu Bapa Kristian dalam keluarga.
Kursus juga adalah untuk memenuhi keperluan peserta Katolik melayakkan mempraktikkan sakramen dalam Gereja Katolik.
Sebanyak 26 pasangan telah mendaftar dan berjaya menamatkan kursus yang diadakan di Chapel Lady of The Church Kg Kilimu pada 18 Mei 2024 bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.55 petang.
Semasa kursus peserta-peserta telah diberikan topik-topik yang sesuai dan berkaitan iaitu Kerohanian Dalam Keluarga, Sakramen Perkahwinan, Tanggungjawab Ibu Bapa Kristian, Kesihatan Keluarga Dan Penyakit, Komunikasi Dalam Keluarga, Kesedaran Kesuburan Semulajadi Dan Cabaran-Cabaran Umum dan Ekonomi Dalam Keluarga.
Fasilitator dan penceramah yang terlibat dalam menjayakan kursus sehari ini adalah Jane Saibeh, Kat Clarice Juin Samin, Kat Micheal Yuntog, Paul Gambisir, Dr Gofri Nenghilon, Catherine Pondong, Sameon Sanan dan Maureen Mosuil.
Aktiviti sampingan yang diadakan khas adalah sambutan Hari Ibu dengan acara pemotongan kek Hari Ibu.
Selain itu, para suami telah membantu pasangan masing-masing mengukir senyuman apabila mereka diberikan sekuntum bunga mawar mengingatkan mereka untuk sentiasa mengamalkan kasih sayang antara satu sama yang lain.
Para peserta telah disediakan makan dan minum sepanjang hari oleh Liga Wanita KKD Kilimu di dewan makan bersebelahan Chapel.