Bapa Suci Franciskus bertemu dengan orang tua di Khalayak Umum (Media Vatikan)
Oleh Edoardo Giribaldi
Jul 21 2023
Ketika Hari Datuk Nenek dan Warga Emas Sedunia yang Ketiga semakin hampir pada hari Ahad, Dicastery for Laity, Family and Life memperbaharui jemputannya untuk orang Kristian untuk meraikan acara itu dengan menghadiri Misa atau melawat mereka yang bersendirian.
Ahad, 23 Julai, menandakan Hari Datuk nenek dan Warga Emas Sedunia yang Ketiga. Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah “Kerahiman-Nya dari zaman ke zaman,” mengingati petikan dari Injil Lukas.
Misa hari Ahad
Menjelang perayaan itu, Dicastery for Laity, Family and Life telah mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan umat beriman bahawa Misa Kudus yang akan diketuai oleh Bapa Suci Fransiskus pada pukul 10 pagi waktu tempatan di dalam Basilika St Peter, dan ia akan menyaksikan penyertaan lebih 6,000 orang, termasuk “ramai orang tua dari seluruh Itali.”
Khususnya, “datuk nenek ditemani oleh cucu dan keluarga mereka, penduduk tua yang tinggal di rumah persaraan dan rumah jagaan kediaman, serta ramai orang tua yang aktif dalam paroki, keuskupan dan kehidupan berpersatuan.”
Dari zaman ke zaman
Kenyataan itu menekankan bagaimana pada penghujung perayaan itu, lima orang tua – seorang wakil dari setiap benua – “secara simbolik akan menyerahkan Salib Penziarah Hari Belia Sedunia kepada lima orang muda yang berlepas ke Lisbon.”
Gerak isyarat itu melambangkan “penyampaian iman dari zaman ke zaman” tetapi juga “komitmen yang telah diterima oleh orang tua dan datuk nenek, atas jemputan Bapa Suci, untuk mendoakan para remaja yang akan pergi dan menemani mereka dengan berkat mereka.”
Semua mereka yang akan menghadiri acara di St Peter akan menerima doa khusus untuk dipersembahkan pada Hari itu, bersama dengan salinan mesej Bapa Suci kepada datuk nenek dan warga emas.
Perayaan di seluruh dunia
Dalam kenyataan itu, Dicastery for Laity, Family and Life menunjukkan dua cara untuk meraikan acara itu di setiap keuskupan dunia: dengan Misa yang didedikasikan untuk datuk nenek dan warga emas atau dengan lawatan kepada mereka yang bersendirian. Menurut pernyataan itu, “Pelepasan Penuh diberikan kepada mereka yang melakukan perbuatan ini.”
Dicastery juga menekankan inisiatif Persidangan Uskup Brazil, “yang akan meraikan Misa bersama warga tua di Altar Aparecida,” dan Persidangan Uskup Kanada, “yang mengeluarkan video yang menjemput orang muda untuk melawat warga tua di rumah jagaan.”
Sumber: Vatican News (Diterjemahkan oleh CS)