(Gambar atas) Guru-guru dan Lembaga Pengelola Sekolah Tadika Sacred Heart Inobong (SHI) serta Cikgu Dora (baju putih) sebagai pengadil Mini Unduk Ngadau. (Gambar bawah) Ibu bapa yang hadir.
Oleh Tadika Sacred Heart Inobong
June 17 2022
INOBONG, Penampang – Guru-guru dan Lembaga Pengelola Sekolah Tadika Sacred Heart Inobong (SHI) menganjurkan sambutan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan untuk murid-muridnya pada 3 Jun lalu di Dewan ICCC, Inobong.
Tujuan sambutan ini adalah untuk mendidik, memperkenal dan menerapkan dalam diri murid-murid supaya menghormati perayaan tempatan dan adat resam turun temurun serta memupuk perpaduan dalam masyarakat.
Seramai 25 daripada 36 orang murid dan 50 orang ibu bapa termasuk guru-guru dan Lembaga Sekolah hadir meraikan Pesta Kaamatan ini yang pertama kali dianjur setelah enam tahun beroperasi dan dua tahun dalam pandemik.
(Ikut arah jam) Mini Unduk Ngadau, Mr Kaamatan dan Pertandingan Masakan Tradisi
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah Mini Unduk Ngadau dan Mr Kaamatan, Pertandingan Masakan Tradisi, aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan Cabutan Tiket Bertuah.
Pertandingan Mini Unduk Ngadau dimenangi oleh Lacey Gracey Lesley, 6 diikuti oleh Adriebelle Thalia, 6 di tempat kedua dan Lizz Eviey Luther, 4 di tempat ketiga.
Pemenang bagi pertandingan Mr Kaamatan ialah Freeygan Hart Fredy, 4 manakala tempat kedua dimenangi oleh Ethan Rylan M, 6 dan Gabriel Anthony Makajil, 6 di tempat ketiga.