Oleh SOCCOM Tawau
TAWAU – Paroki Holy Trinity Tawau menjadi tuan rumah kepada mesyuarat suku tahunan kepada Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan, Jul 4. Mesyuarat itu dihadiri oleh 87 wanita dari pelbagai paroki di Keuskupan Sandakan dengan kontinjen terbesar seramai 32 orang dari paroki St Dominic, Lahad Datu.
Tidak dinafikan bahawa wanita memainkan peranan yang penting dalam sesebuah paroki. Sumbangan mereka sangat besar kepada paroki dan penglibatan aktif mereka di dalam setiap aktiviti Gereja sama ada sebagai penggerak utama di barisan hadapan mahupun terlibat secara tidak langsung di belakang tabir.
Dalam ceramah yang disampaikan oleh Fr Christopher Ireneus mengenai “The Calling” (Lk 5:1-13), dia berkata bahawa kita dipanggil dengan nama tanpa mengira umur. Bagaimana kita bertindak balas terhadap panggilan itu (Mk 1:16-20), maka itulah yang akan menentukan nilai perkhidmatan kita dengan Tuhan dan menyumbang kepada pertumbuhan rohani kita.
Fr Christopher juga menekankan kepentingan agar bertindak balas dengan sikap keterbukaan. Ini adalah kerana, ada di antara kita yang menunggu masa untuk bersara dari perkhidmatan tanpa mengetahui adakah hari esok akan datang?
Semoga Tuhan sentiasa memberkati Kerasulan Wanita Katolik atas perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada Gereja yang tidak ternilai. – dospo