Fellowship belia melibatkan Zon Damai dan Zon Bandau bagi mengeratkan persahabatan dan saling meneguhkan satu sama yang lain telah diadakan pada 14 Apr bertempat di Chapel St Andrew Rasak bersama dengan TPBP
Oleh SOCCOM Paroki St Theresa, Kota Marudu
Mei 13 2024
KOTA MARUDU – Pada 14 April yang lalu telah diadakan perkumpulan dalam kalangan belia paroki, khususnya dalam kalangan belia Zon Damai dan Zon Bandau. Zon Damai terdiri daripada St Anthony Tarangkapas, St Simon Gana, Salib Suci Dalamason dan KUK Kampung Masolong. Manakala Zon Bandau pula terdiri daripada St Andrew Rasak, St Francis Marudu Darat, St Theresa dan beberapa KUKU yang turut diwujudkan dalam zon tersebut. Program ini adalah merupakan program yang dianjurkan oleh Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP).
Betemakan “Menjadi Sehati dan Sejiwa” (Kis 4:32-37), progam tersebut bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan mengukuhkan iman serta untuk memastikan kedua-dua zon yang digabungkan dapat berkongsi cerita tentang iman dan perjalanan hidup mereka sebagai seorang belia Katolik.
Walaupun dalam tempoh yang agak singkat iaitu lebih kurang 3-4 jam sahaja namun impak daripada aktiviti tersebut telah membantu para peserta untuk mencapai objektif yang telah disasarkan.
Turut hadir dan memberikan sokongan terhadap aktiviti tersebut ialah Sr Erna James (FSIC), Seminirian Philip Asirwalam dan Setiausaha MPP Margaret Kopong.