Retret Awal Komsos
Oleh Bennylyne
May 16 2023
TENOM – Didiroy Joney,Pengerusi Komisi Komunikasi Sosial, Keuskupan Keningau menekankan matlamat komunikasi sosial dalam perkongsian beliau kepada krew-krew Komsos untuk ” menjadi Komsos yang wau, di zaman now, yang serba wau.”
Menurut beliau, krew Komsos tidak boleh hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, dengan alasan tidak mempunyai alatan media yang hebat, namun harus menjadi kreatif menggunakan apa sahaja yang ada untuk melayani melalui media.
“Dulu mula-mula saya melayani sebagai Komsos, alatan media sangatlah terhad, namun covid-19 yang menimpa, umpama berkat yang tersembunyi, sehingga gereja terpaksa menggunakan media sebagai alat pelayanan dan komunikasi kepada umat. Ini menimbulkan kesedaran pentingnya media dalam pelayanan, sehingga ramai yang menyumbangkan dana dalam memperbaiki alatan media bagi Komsos,”jelas pengerusi itu lagi.
Retret awal krew Komsos telah diadakan di Dapur Oloson, Melalap pada 22- 23 April 2023. Seramai 14 orang krew Komsos yang terlibat dalam program retret tersebut. Para krew saling memberi perkongsian mengenai pengetahuan dan bakat masing-masing dalam penulisan, fotografi dan live streaming.
Selain itu, diadakan juga Games sebagai program rekreasi mereka. Krew juga “bercamping” agar mereka mampu menjiwai semangat seorang yang tahan lasask.
Kebanyakan krew menyatakan syukur dan kembali bersemangat untuk melayani kerana banyak perkara baru yang mereka pelajari. Mereka juga menyatakan hasrat agar retret sedemikian diteruskan lagi di paroki-paroki.
“Semoga program ini menjadi pemangkin semangat bagi krew Komsos untuk terus melayani sebagai informasi, ilmu kerohanian dan suara digital bagi gereja” tutup Juanis, tim pengerusi Komsos Keningau mengakhiri retret pada hari tersebut.