Fr Florian Dompok bergambar bersama baptisan baru
Oleh Alfred Tining (SOCCOM KB)
Oct 20 2022
KOTA BELUD – Chapel Salib Suci Kg Dudar dalam naungan Paroki Kota Belud, telah menghadiahkan tujuh baptisan baru (dewasa) sempena dengan sambutan hari penaung chapel pada 17 Sept lalu.
Program ini dianjurkan oleh umat chapel Salib Suci dibantu oleh Katekis John Simpul, Katekis Alfred Tining dan Katekis Johanes Atam yang telah mempersiapkan baptisan baru.
Mereka telah dibimbing dengan doa-doa asas gereja dan diberi tiga tajuk katekisis yang disampaikan oleh:
- Katekisis 1 : Sakramen Baptis (Katekis Alfred Tining)
- Katekisis 2 : Sakramen Ekaristi (Katekis Johanes Atam)
- Katekisis 3 : Kehidupan Kristian Dewasa (Katekis John Simpul)
Upacara pembaptisan pula telah disempurnakan oleh Fr Florian Dompok. Dalam homilinya ketika merayakan Misa sempena dengan Pesta Penaung Salib Suci.
Fr Florian mengajak umat supaya sentiasa menghayati erti penyaliban Yesus yang telah mengorbankan nyawa-Nya untuk menyelamatkan manusia dari dalam maut.
Dalam pembacaan Injil yang mengesahkan perumpaan Yesus tentang benih dan penabur (Luk 8:4-15) mengajak umat terutama mereka yang baru dibaptis supaya sentiasa menjaga dan memelihara iman mereka supaya bertumbuh dengan subur walaupun dihimpit dengan pelbagai cabaran hidup di dunia masa kini.
Martin Izou mengucapkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Fr Florian kerana telah menyempurnakan pemberian Sakramen Baptis, Tobat dan Ekaristi.
Martin juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan sehingga terlaksananya program ini dan sambutan hari penaung chapel.
Selesai Misa, program diteruskan dengan sesi sesi bergambar dan acara pemotongan kek di pekarangan gereja.
Siwon Kulindod, 73 dengan nama baptis Semira bersyukur kerana dapat mengenali Yesus dalam usia yang sudah lanjut