
SHALOM, semoga Kasih Kristus bersama kita semua. Nama saya Somonny Intai, 33, dari St Edmund, Limbang. Dibawah Diocese Miri. Saya aktif dibawah Human Life Servis Ministry dan juga mengajar sebagai guru RCIA.
Program yang saya sangat suka adalah bahagian Conversation in Spirit (CIS) selama dua hari kerana, kami dapat mendengar masalah yang dihadapi oleh setiap individu dan kami datang dengan penyelesaian bila kami berbincang bersama.
Dalam CIS kami berkongsi mengenai keluarga dan gereja untuk kumpulan kami, kami membincangkan mengenai pelayan pastoral di Gereja kami sendiri serta bagaimana menanggapi kata-kata Yesus “tuaian memang banyak tetapi pekerja sedikit”. Kami bersetuju dengan ini kerana tidak banyak muda mudi yang melayani dan diberi peluang untuk melayani atau memberi pendapat semasa pelayanan mereka. Kumpulan kami memberi pendapat dengan menempatkan muda mudi dari setiap ministri yang ada di gereja dan belajar daripada mereka yang lebih tua atau lebih. Seterusnya bagi kumpulan yang membincangkan peranan ibu bapa di dalam pelayanan mereka, ada muda mudi yang disokong oleh ibu bapa dan ada yang tidak disokong oleh ibu bapa mereka untuk melayani di dalam Gereja. Mereka berpendapat peranan ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar untuk menanamkan sikap ingin melayani di dalam kehidupan muda mudi.
Tambahan lagi, Spiritual walk with Bishops juga antara sesi yang saya sukai di mana kumpulan kami berjalan bersama dengan Cardinal Sebastian Francis. Perjalanan bersama dengan Cardinal sangat menyentuh hati saya ketika kami merenungkan Jalan Salib bersama. Betapa setianya Yesus didalam perjalanan menuju kematian untuk menebus dosa kita dan bangkit kembali serta mengalahkan dosa. Keseluruhan program sangat baik dan telah mencapai objektifnya lebih-lebih lagi saya melihat muda mudi yang bersemangat dan bersatu didalam Kristus.