Peserta program Sejarah Penyelamatan: Pengenalan Asas Alkitab anjuran Apostolik Alkitab Katedral Paroki Hati Kudus pada 16 Julai
Oleh Mitchelle, Apostolik Alkitab Katedral Paroki Hati Kudus
Jul 22 2021
KOTA KINABALU – Sesi pembentukan iman tetap diteruskan di gereja walaupun di tengah pandemik. Apostolik Alkitab Katedral Paroki Hati Kudus telah mengadakan sesi pertama program Sejarah Penyelamatan: Pengenalan Asas Alkitab pada 16 Julai lalu.
Paderi paroki Fr Paul Lo menyampaikan sesi kepada 83 peserta menerusi Zoom online. Sesi pertama memfokuskan Kitab Kejadian Bab 1 sehingga 11, di mana karya penyelamatan Tuhan dihuraikan menggunakan penjelasan yang mudah untuk difahami. Para peserta juga berkesempatan mendapatkan lebih penjelasan mengenai topik ini menerusi sesi soal jawab bersama Fr Paul.
Program ini terdiri daripada 12 buah sesi untuk membantu pembentukan iman umat. Pihak penganjur dan Fr Paul berharap agar program ini terus menerima sambutan yang baik untuk mencapai visi dan misi program.