Oleh Cyril
KENINGAU – Seramai lebih dari 4200 peserta yang datang dari Seluruh Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Indonesia telah menyertai Seminar Penyembuhan dan Pembebasan yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Dewan Solidariti Keuskupan Keningau pada 25-27 Okt 2024 dengan tema “Marilah kepada-Ku,semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu” (Mat 11:28).
Seminar ini dianjurkan oleh Komuniti Pelayan Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal (RRKKT).
Aktiviti seminar ini dimulakan dengan Misa Kudus Pembukaan pada 25 Okt 2024, yang diselebrankan oleh Msgr Gilbert Lasius dan dibantu oleh Rev Fr Don Don Ramerez, OFM.
Ceramah sepanjang 3 hari 2 malam ini terdiri daripada lima sesi. Doa-Doa Penyembuhan dan Pembebasan ini dikendali oleh Fr Don Don serta dibantu oleh ahli tim yang di bawa dari Gereja St Ann Padawan sendiri.
Seminar ini diakhiri dengan Misa Kudus Penutupan seminar yang juga merupakan Hari Minggu Biasa ke-30 pada 27 Okt 2024. Misa Kudus Penutupan ini diselebrankan oleh Fr Don Don dan dibantu oleh Msgr Gilbert Lasius.
Dalam ucapannya selepas Misa Kudus, klerus itu berpesan kepada semua peserta bahawa bukannya Fr Don Don yang memyembuhkan tetapi Tuhanlah yang menyembuhkan, kerana para Paderi hanyalah alat Tuhan, tetapi yang menyembuhkan dan membebaskan kita adalah Tuhan sendiri.
Klerus itu juga mengucapkan terima kasih kepada Uskup Agung Simon Poh dari Keuskupan Agung Kuching, Uskup Cornelius Piong, Uskup Keuskupan keningau dan juga Msgr Gilbert Lasius yang merupakan Paderi Paroki Katedral St Francis Xavier Keningau, kerana membenarkan beliau untuk melayani umat yang hadir dalam seminar ini.