Para katekis pelapis bersama AJK penganjur kursus katekis paroki St Edmund Kota Belud
Oleh Soccom Kota Belud (AT)
Aug 17 2023
KOTA BELUD – Paroki St Edmund Kota Belud telah menganjurkan kursus katekis tahap satu yang disasarkan kepada para katekis pelapis. Seramai 37 peserta telah menyahut panggilan, bermula dengan satu seminar panggilan katekis pelapis selama satu hari pada 28 Jan 2023.
Kursus seterusnya bermula pada 25 Feb 2023 hingga 20 Mei 2023 dan diadakan pada setiap sabtu selama 11 pertemuan. Penganjuran kursus dalaman itu diputuskan dalam satu mesyuarat komiti katekis paroki (yang sedia ada) dengan persetujuan oleh kedua paderi paroki untuk menjimatkan kos perbelanjaan para peserta.
Objektif penganjuran kursus tersebut ialah untuk melatih atau membimbing para peserta untuk memimpin Ibadat Sabda dan berbagai upacara yang bersangkutan dengan tugas atau pelayanan katekis apabila ketiadaan paderi paroki memandangkan kebanyakan katekis (senior/sedia ada) sudah melebihi 60 tahun dan faktor lain adalah kesihatan.
Kursus itu diketuai oleh Blasius Kusi yang juga penceramah utama yang membantu kedua paderi, sister dan beberapa katekis senior lain yang terpilih. Diakhir kursus ini, para peserta telah dihantar ke chapel-chapel dalam paroki yang berdekatan untuk memimpin Ibadat Sabda dengan bimbingan katekis chapel dan juga sebagai penilai mereka. Para peserta juga telah menduduki ujian penilaian bertulis pada 17 Jun 2023.
Majlis Kesyukuran dan penyampaian sijil diadakan pada kemuncak kursus itu bermula dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Jalius Sading dan paderi pembantu Fr Florian Dompok pada 29 Jul 2023.
Dalam homili Fr Jalius, dia mengajak para katekis yang hadir terutama yang baru menamatkan kursus agar sedia berkorban dalam pelayanan. Fr Jalius menyentuh tentang pembacaan Injil iaitu Allah telah mengasihi kita dan mengorbankan Putera-Nya Yesus Kristus untuk menyelamatkan kita. Oleh itu, hendaklah kita juga mempertikaikan kasih itu dalam hidup kita dengan melayani dengan penuh kasih.
Semasa Misa, para katekis itu telah menerima doa dan berkat pengutusan dan juga membaca akujanji atau komitmen dihadapan paderi. Majlis diteruskan di dewan untuk acara penyampaian sijil kepada para katekis yang baru diutus dan makan bersama.
Turut hadir dalam majlis itu ialah para penyelaras zon-zon atau pengerusi KPUK chapel-chapel stasiluar dan mantan AJK tertinggi MPP.
Fr Jalius bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada barisan AJK Penganjur atas kejayaan program itu dan berharap kepada para katekis yang diraikan hari ini agar mereka sedia berkorban dan melayani dengan penuh kasih dan sukacita.
Ucapan daripada katekis Blasius Kusi, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Komiti Katekis Paroki KKP dan mantan pengerusi KKP, Katekis John Simpul berterima kasih kepada kedua-dua paderi atas sokongan penganjuran itu dan mengucapkan syabas kepada para katekis pelapis yang telah menamatkan kursus tahap 1 ini dan berharap dimasa akan datang para katekis itu dapat mengikuti kursus di tahap seterusnya.
*Katekis John Simpul (mantan pengerusi) – Pengerusi KKP 5 tahun lalu semasa pandemik covid-19
*Katekis Blasius Kusi – Pengerusi KKP (2023-2026)