Para perserta dan tenaga pengajar yang menghadiri kursus pra-perkahwinan mengambil gambar kenangan bersama
Oleh Mimi Yong Meng Mee
Jan 9 2024
SANDAKAN – Pada 2 dan 3 Dis 2023, tiga pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga menghadiri kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Komiti Pelayanan Hidup Keluarga, gereja St Mark.
Seramai enam orang tenaga pengajar yang terdiri daripada umat-umat di gereja St Mark dan lima orang penceramah yang dijemput khas iaitu Cesar Siruno, Eva Siruno, John Tan dan Dimeh Koyopo serta Josephine Pereira bagi membantu menjayakan kursus ini.
Kursus bermula dengan upacara doa pembukaan dan Pentakhtaan Injil oleh Jescy Thomas. Semasa kursus ini dijalankan, para peserta diberi pendedahan dan informasi tentang buku Cinta Bijak. Antara topik-topik yang diketengahkan ialah Sebuah Misi Cinta dan Dialog Menjadi Satu yang disampaikan oleh Gilbert George dan Jescy Thomas.
Bagi topik Mengenali Aku, Mengenali Mu dan Kesatuan dalam Pengurusan Kewangan disampaikan oleh Fabian Koret dan Eva Juria dan bagi topik Membina Kesatuan dan Seks: Pelukan Mesra Yang Suci itu disampaikan oleh Linus Sipat dan Mimi Yong.
Topik Teman Sejiwa Seumur Hidup disampaikan oleh Dimeh Koyopo dan topik Pengurusan Kesuburan Semulajadi disampaikan oleh Josephine Pereira. Setiap topik yang disampaikan, para peserta berasa teruja untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam buku Cinta Bijak tersebut.
Selain itu, para peserta diberi peluang untuk menyiapkan tugasan secara berpasangan bagi mengeratkan lagi persefahaman antara mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan mengikut ajaran Kristian Katolik.
Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar antara para tenaga pengajar dan para peserta yang telah menamatkan kursus mereka dengan penuh sukacita. – Dospo