Para belia menerima sijil ‘Jasamu Dikenang’ oleh KUK St Mary’s Chapel
Oleh Joseph Bingkasan
Feb 15 2024
INANAM – KUK St Mary’s Chapel, Kionsom telah mengadakan program kesyukuran dan tanda ‘terima kasih’ kepada karoling belia St Mary’s Kionsom pada 6 Jan 2024 di Manoria ,Ulu Kionsom, di sini.
Seramai 40 orang belia telah menyertai program ini namun ada juga beberapa belia tidak dapat turut serta kerana bekerja.
Pengerusi KUK, Alice Dosis William, berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk menghargai para belia yang begitu bersemangat mewartakan kelahiran juruselamat Yesus Kristus pada musim Adven lalu.
Program dimulakan dengan lagu puji-pujian dan seterusnya sesi perbincangan sesama belia, antara tajuk perbincangan adalah:
1) Apakah peranan belia dalam gereja?
2) Mengapakah golongan belia semakin menjauh dari gereja?
3) Bagaimanakah belia dapat membantu gereja dalam mengatasi masalah ini.
“Selain itu, beberapa permainan telah dibuat termasuk acara tukar hadiah,” kata Alice.
Alice berkata harapannya di masa akan dating adalah agar para belia St Mary’s Kionsom terus tetap berjalan bersama dan melayani dalam gereja tidak kira outstasi mahupun di Paroki “kerana para belia inilah yang akan menjadi pelapis untuk meneruskan visi dan misi gereja kita.”