Sesi Ice Breaking
Oleh Elena Woo, ABMA
May 13 2024
KUALA LUMPUR – Archdiocesan Bahasa Malaysia Apostolate (ABMA) meneruskan program jangkauannya dengan mengunjungi dan memberikan formasi kepada Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM) di Gereja Risen Christ (RCC), pada 21 Apr 2024.
Ini merupakan kali pertama ABMA mengunjungi KUBM RCC. Objektif utama program jangkauan kali ini adalah untuk memupuk semangat kesatuan dalam pelayanan Gereja memandangkan banyak cabaran yang telah dialami oleh umat di sini yang secara tidak langsung memberi kesan pertumbuhan rohani.
Seramai 47 peserta yang terdiri daripada belia dan dewasa telah menyertai formasi ini.
Spencer Klumai menekankan bahawa formasi “Pengalaman Kerohanian Komuniti” membawa para peserta mengenali misi Tuhan untuk setiap umat-Nya.
Dalam sesi kedua, “Siapakah Yesus Kristus”, Sr Sylvia Stanis meminta para peserta untuk membuat refleksi peribadi bagaimana kehadiran Yesus dalam hidup mereka dan mempengaruhi kehidupan mereka.
Valerie Nozie dalam sesi ketiga di mana beliau berkongsi pelayanan awalnya bersama KUBM di Gereja St Anthony.
Para peserta juga diminta untuk mengimbas kembali bilakah mereka menyedari bahawa Tuhan telah memilih mereka dalam pelayanan dan apakah situasisituasi yang telah mendatangkan kegembiraan atau kesedihan kepada mereka.
Sesi keempat mengajak para peserta melihat cabaran dalam pelayanan oleh Elena Woo.
Elena menjelaskan bahawa pelayanan Gereja tidak boleh dilakukan seorang diri. Pelayanan memerlukan kerjasama dan jika cabaran tidak ditangani dengan bijak, ini akan melemahkan semangat pelayanan seseorang.
Sesi terakhir yang dibimbing oleh Egbert Adolf adalah sesi untuk setiap umat KUBM RCC saling memberikan penghargaan kepada sesama bagi memperkukuh dan mengeratkan lagi perhubungan antara mereka. – Herald Malaysia