Fr Yohanes Benny Suwito
Oleh Kontributor Hidup Katolik
Nov 23 2020
Fr Yohanes Benny Suwito menjawab
(Fr Yohanes adalah Dosen Teologi, Institut Teologi Yohanes Maria Vianney, Surabaya, Jawa Timur)
Haiwan peliharaan dapat masuk surga?
Soalan: Kucing peliharaan saya telah mati seminggu yang lalu. Apakah haiwan peliharaan dapat memasuki surga atau neraka? Ada rakan saya menyarankan saya agar berdoa kepada Santa Getrudis dari Nivelles, pelindung haiwan peliharaan. Apakah fungsi dari adanya orang kudus sebagai pelindung haiwan peliharaan ini?
Jawapan: Beberapa orang kudus memang “dinobatkan” sebagai pelindung dari tempat atau pekerjaan tertentu berdasarkan pengalaman peribadi atau kerana mereka berpengaruh pada daerah atau tempat tertentu semasa dia hidup, seperti St Antonius dari Padua yang seringkali dikenal sebagai pelindung dari barang yang hilang. Santo ini dikenali demikian kerana semasa hidupnya dia pernah kehilangan barang yang berharga baginya, suatu buku catatan Mazmur yang diambil oleh seorang anggota komuniti Fransiskan. Kemudian dia doa kepada Tuhan dan buku kembali bersama orang yang mengambil dengan sengaja buku itu. Bentuk pengalaman hidup seperti ini yang kemudian oleh umat beriman dihargai, sehingga dia disebut sebagai pelindung barang yang hilang.
Sebagaimana Santo Antonius Padua (1195-1231), Santa Getrudis dari Nivelles (c. 628-659), yang adalah putri dari Santo Pepin I dari Landen, meninggalkan kebangsawanannya untuk menjadi seorang biarawati. Di biara, dia hidup untuk mendalami Kitab Suci, memelihara kucing sehingga kemudian dia dianggap sebagai pelindung haiwan peliharaan.
Namun, Gereja tidak pernah secara rasmi menobatkannya sebagai santa pelindung haiwan peliharaan, apalagi sebagai pelindung kucing. Dia lebih dikenali sebagai pelindung Kota Nivelles dan Ordo Salib Suci (Crosiers or Crutched Friars). Bahkan, dia juga dianggap sebagai pelindung mereka yang dalam perjalanan dan orang-orang yang baru saja meninggal.
Gelaran sebagai pelindung haiwan peliharaan sebenarnya muncul pada tahun 1980-an yang menampilkan dirinya sebagai peribadi yang melawan hama tikus. Dari sinilah, Santa Getrudis lalu dianggap sebagai pelindung haiwan peliharaan, khususnya kucing. Lepas dari semuanya itu, kehadiran Santa Getrudis yang dianggap sebagai pelindung haiwan peliharaan memberikan penegasan bahawa haiwan peliharaan adalah bahagian dari ciptaan Allah yang patut dijaga dan dilindungi.
Selain itu, keberadaan pelindung bagi haiwan peliharaan hendak mengingatkan relasi manusia dengan haiwan seperti yang disampaikan oleh Katekismus Gereja Katolik: “Binatang adalah makhluk-makhluk Allah…. Kerana itu manusia juga harus memberikan kebaikan hati kepada mereka” (KGK 2416). Kerana itu, melalui santa ini, kita belajar bagaimana kita dapat menjaga haiwan peliharaan dengan baik, dan berdoa agar haiwan-haiwan peliharaan tidak diperlakukan sesuka hati.
Satu hal lain yang menjadi pertanyaan, terutama bagi orang yang mengasihi haiwan seperti kucing dan anjing yang telah mengambil bahagian dalam hidup keluarga: “Adakah haiwan itu apabila mati dapat masuk surga?”
Pertanyaan ini terkesan sebuah pertanyaan yang janggal. Namun, pertanyaan ini sebenarnya hendak menegaskan bagaimana keselamatan itu terjadi bagi makhluk hidup yang bukan manusia. Untuk menjawab hal ini, kita perlu memahami dahulu bahawa kehadiran Kristus ke dunia adalah untuk menebus dosa-dosa manusia.
Orang Katolik juga percaya bahawa manusia akan memperoleh hidup baru di Surga pada waktu akhir zaman. Haiwan adalah makhluk hidup yang keberadaannya memuji Allah (bdk. KGK 2416) namun tidak memerlukan penebusan seperti manusia yang berdosa. Haiwan ada bersama dengan manusia. Manusia hanya perlu menjaganya dan tidak menyeksa dan membunuhnya dengan cara yang tidak wajar (bdk. KGK 2418).
Maka, tidak dapat dibandingkan antara manusia dan binatang dalam hal boleh masuk ke surga atau neraka. Sebaliknya, hal yang penting adalah keyakinan kita bahawa “Allah menyiapkan tempat tinggal baru dan bumi yang baru, kediaman keadilan, yang kebahagiaannya akan memenuhi dan melampaui segala kerinduan akan kedamaian, yang timbul dalam hati manusia” (GS 39). Maksudnya, manusia mendapatkan tempat baru dengan ciptaan Allah yang baru. (Dipetik dari Hidupkatolik dan diubahsuai oleh Catholic Sabah)