Seramai 312 peserta daripada persaudaraan Sekular Franciskan Order (OFS) dari tiga keuskupan menghadiri Retret Tahunan OFS Sabah
Oleh OFS
Sep 21 2023
KIULU – Pada 11 – 13 Ogos 2023, Gereja St Joseph Suami Bonda Maria, Kiulu telah menerima gabungan peserta seramai 312 orang daripada persaudaraan Sekular Franciskan Order (OFS) Keuskupan Sandakan, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Beberapa anggota YouFra dari Kiulu sendiri merasa bertuah kerana berkesempatan mengikuti retret itu.
Setiap tahun OFS Sabah dibawah pimpinan Marina Anjuman, OFS Papar, akan bergilir menjadi tuan rumah penganjur. Tahun ini OFS Kiulu telah dipercayakan untuk menganjurkan retret bertemakan Kehidupan OFS: Berbuah dan menjadi berkat.
Friar Valentine Gompok, OFM Cap dijemput sebagai Retreat Master program itu.
Melalui pengisian program seperti ceramah, renungan dan perkongsian kumpulan, Doa Ibadat Harian, Rosari dan Misa Kudus, para peserta telah merasakan objektif retret iaitu disegarkan kembali oleh curahan berkat Tuhan dalam hidup mereka, lebih yakin dalam panggilan mereka untuk berbuah dan menjadi berkat bagi orang lain tercapai.
Malam Francisan Joy penuh sukacita kerana dimeriahkan dengan pelbagai persembahan: tarian tradisi dan moden, lagu aksi, drama serta persembahan nyanyian dari Friar Valentine sendiri telah membuat mereka sungguh menghargai kebersamaan dalam keluarga besar Fransiskan di Sabah.
Fr Valentine Gompok menekankan agar peserta berani untuk bersaksi menjadi berkat kepada sesama, “Jangan Takut” kerana Tuhan setia menyertai, fokus pada Tuhan, bukan pada masalah dan tetap bersama Tuhan.
DALAM SENYAP …. Kita Mendengar SUARA TUHAN ….
DALAM MERENUNG ….Kita Berbuah…
DALAM BERBICARA ….Kita Menjadi Berkat…
DALAM PELAYANAN ….Kita Memuji Tuhan….
Antara perkongsian Peserta:
Retret Tahunan OFS merupakan satu retret yang ditunggu-tunggu khususnya buat ahli yang sudah lama tidak dapat mengikuti retret akibat kekangan masa dan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan maupun masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Dengan tema,berbuah dan menjadi berkat,retret ini sekaligus menyedarkan kami bahawa kami sebagai OFS haruslah berbuah,bertumbuh dan berkembang supaya kami dapat berbagi berkat kepada semua orang, bukan kepada antara sesama ,tetapi kepada semua orang tanpa mengira siapapun dan agama apapun. Ia juga menyedarkan kami bahawa kita semua adalah orang-orang pilihan Allah dan semuanya mempunyai fungsi dan anugerah serta talenta tersendiri supaya kita dapat berbagi antara sesama.
Setiap slaid dan huraian yang disampaikan oleh Retret Master, Fr Valentine Gompok, OFM Cap. mudah difahami dan tepat mengenai setiap peribadi kami, menyentuh hati kami dan juga menyedarkan kami betapa kami ini sesungguhnya masih banyak lagi yang perlu dipelajari,dibentuk dan bertumbuh. Tips-tips yang diberikan terutama dalam mengamalkan kebiasaan baik sebagai Franciscan. Begitu juga dengan kebiasaan negatif yang perlu kami ubah dan perbaiki dalam diri kami. Juga dengan sesi perkongsian di dalam kumpulan. Banyak perkongsian yang diberikan oleh ahli dalam kumpulan membuka minda kami betapa kerdilnya kami, betapa banyak perkara yang kami terlepas pandang dan sesungguhnya perkongsian itu amat berharga dan dapat membuka hati kami untuk terus dibentuk dan membiarkan karya Tuhan bekerja di dalam setiap kami.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan AJK Penganjur, LM Lucius Akun, Sr Joan Michael, FSIC, SA St Joseph Kiulu dan semua AJK Petugas Pendaftaran, Penginapan, dan Makan Minum serta semua. Kerjasama yang padu daripada semua. Syabas dan Tahniah atas penganjuran yang amat berjaya.
Semoga input daripada retret ini akan menjadi panduan untuk kami menjadi terang kepada sesama dan semoga kami masih diberi kesempatan untuk bertumbuh dan terus bertumbuh serta menjadi berkat dan terang kepada semua. Amen. – Daripada St Joseph Cupertino,Papar
Bagi saya semua perjalanan OFS retret di kiulu berjalan dengan baik terutama makanan yang sangat mencukupi, mereka melakukan tugas dengan baik, Ada juga CNG (Catholic Nurses’ Guild) yang datang bertugas sepanjang masa untuk memeriksa kesihatan (cek tekanan darah dan kencing manis) which is very good effort. Fr Valentine good talk mengantuk pun tidak jadi mengantuk… ? sekurang-kurangnya bagi saya tidak pulang kampis barait… learn something from Fr Valentine, so well done ofs Kiulu ?? you do the best dalam kemampuan kamu. – OFS Ranau
Retret Master Fr Valentine Gompok, terbaik, lucu dan menghiburkan, penyampaian mudah difahami dengan contoh-contoh realiti dalam kehidupan setiap hari sebagai Franciscan. Semua sesi banyak menyentuh hati saya. Semua makan minum terjaga dan sangat memuaskan. Program perisian sepanjang retret berjalan dengan baik, tidak ada aktiviti yang tertunda, padat dipenuhi dengan doa-doa Franciscan dan perkongsian. Tempat penginapan juga sangat menyenangkan termasuklah ruang retret. Kerjasama dalam kalangan ahli OFS – Terbaik.
Ada beberapa nilai yang saya dapat di dalam retreat ini: dapat menilai diri sendiri agar dapat membangun dalam iman. dalam ofs melalui sesame, dapat mengawal diri dan merawat diri dengan doa, dapat belajar untuk seimbangkan kehidupan sebagai ofs iaitu tentang kesederhanaan, memperbaiki peribadi dengan nilai kerohanian dalam hidup, menjaga iman di tengah masyarakat , juga membawa kembali untuk belajar berdamai dengan sesama sebagai ofs mau pun keluarga sendiri, mengajar untuk memberi atau menyemai benih iman yang sejati kepada sesama dan agar generasi yang akan datang dapat pula memberi buah atau benih iman yang sejati kepada sesama. – OFS Keningau
Retret ini sangat menyentuh dan mengupas itu cara kebiasaan kehidupan lama. Mantap dan banyak membantu untuk meneruskan cara hidup ofs yang terbimbing dan teratur. Pemahaman dan permenungan Tema sangat sangat mendalami dan sebagai ofs mengikut jejak kasih Santo Frandiskus dari Assisi seperti itu pokok yang mana bertumbuh, berakar dan berbuah. – OFS Telipok
Dalam retret ini memberi kesedaran kepada saya bahwa menjadi berkat kepada sesama tidak lah sesukar yang saya fikirkan…tapi hanya dengan menaburkan kebaikan atau belaskasihan kepada sesama itulah berkat yang sebenarnya. Dan kebaikan itu bukan hanya memberi dalam bentuk material tapi .mendengar, memberi masa kita kepada sesama. – Lucius Akun, LM OFS Kiulu
Saya datang dengan keyakinan bahawa retreat ini adalah “Refresher program” tetapi setelah mengikuti semua sesi ternyata saya salah anggapan. Saya sedar “my cup is less than 1/4 full”. Semua sesi bukan sahaja menambah pengetahuan tetapi ia juga menyedarkan diri saya untuk merenung lebih mendalam sejauh mana saya menjalankan kehidupan harian saya dengan soalan adakah saya benar-benar hidup mengikuti kehidupan seorang professed OFS member? Sad and a shame to admit, I’m Not. – Helda Lau, OFS Sandakan
Upacara penyerahan dan penerimaan simbol sebagai penganjur retret
Retret Tahunan OFS Sabah pada 2024 akan dikendalikan oleh Persaudaraan OFS Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu di bawah pimpinan Janet Masudal, OFS.