Sebahagian peserta Adorasi dan ‘Benediction’ dari Diosis Sandakan
Oleh Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary Sandakan
Nov 9 2020
SANDAKAN – Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan (KBP) buat julung kalinya menganjurkan Adorasi dan ‘Benediction’ yang disiarkan secara langsung pada 9 Nov 2020.
Ini diusahakan bagi menyahut seruan gereja khususnya di Keuskupan Sandakan dan amnya bagi Paroki Sandakan untuk memberi peluang kepada umat mengikuti Adorasi dan Benediction itu secara maya.
Adorasi dan ‘Benediction’ berdurasi satu jam itu dilakukan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Seramai 83 ‘viewers’ direkodkan sepanjang siaran berlangsung dan beberapa umat telah menghantar gambar mereka sebagai tanda sokongan siaran tersebut.
KBP Sandakan komited bahawa dengan norma baharu ini, cara penyampaian program kerohanian yang boleh dilakukan buat masa kini adalah melalui siaran langsung sepanjang tempoh kawalan pergerakan.
Ia bagi memastikan semua umat mendapat suntikan rohani, memperolehi kekuatan melalui program kerohanian dan mengembalikan semula keyakinan sesetengah umat yang telah perlahan-lahan pudar disebabkan oleh pandemik ini. Kekal di rumah, kekal selamat. – DOSPO